• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Aqua 2024 Diperkenal Di Jepun, Aqua Z Raffine Meriah Dengan Warna Tembaga, Daripada RM83.5 Ribu

Toyota Aqua 2024 Diperkenal Di Jepun, Aqua Z Raffine Meriah Dengan Warna Tembaga, Daripada RM83.5 Ribu

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SELAIN Prius, Toyota pernah membawa masuk model hatchback Prius C sempena pengecualian duti bagi kenderaan hibrid dan elektrik.

Semasa dilancarkan pada 2012 Prius C dijual pada harga RM97,000 dan menarik perhatian kerana berada di bawah paras RM100,000.

Prius C dikenali sebagai Aqua di Jepun dan model generasi kedua dilancar pada 2021.

Terbaru Toyota memperkenalkan Aqua 2024 untuk pasaran Jepun dengan naik taraf kelengkapan dan pengenalan edisi istimewa (SE) Aqua Z Raffine.

Di antara kelengkapan pada Aqua ialah Bantuan Brek Parkir (objek pegun depan dan belakang) yang mencegah kemalangan akibat tersalah tekan pedal atau secara mengejut.

Turut dilengkapi Bantuan Parkir Brek bagi kenderaan yang menghampiri dari belakang sama ada dari kanan atau kiri apabila keluar dari petak parkir.

Sistem akan memberi amaran secara visual dan audio dan membrek secara automatik sekiranya terdapat risiko pelanggaran.

Lagi kelengkapan yang boleh didapati pada Aqua 2024 ialah cermin pandang belakang automatik malap dengan perakam video, monitor pandangan sekeliling dan bahagian bawah kereta.

Turut dilengkapi Monitor Titik Buta dengan fungsi amaran apabila kereta berhenti dan terdapat kenderaan yang menghampiri dari belakang termasuk basikal.

Satu lagi fungsi baharu yang boleh didapati ialah pandangan menyeluruh kereta (See-through view & moving view).

Toyota Aqua Z Raffine pula tampil bergaya dengan kemasan tembaga dan aksesori yang boleh dipesan pelanggan seperti pendakap pintu dan pelekat khas.

Model SE ini dilengkapi perkakasan seperti bumbung Dark Gray atau Black Mica, bingkai jeriji warna tembaga metalik, spoiler bumbung, hendal pintu dan perumah cermin sisi (dengan fungsi pemanas) sama warna bumbung.

Rim yang digunakan berbeza, model pacuan dua roda (2WD) menggunakan saiz 16 inci dengan tayar 195/55.

Model pacuan empat roda E-Four pula dengan rim 15 inci dan tayar 185/65.

Terdapat tiga warna badan yang ditawarkan iaitu Clear Beige Metallic, Urban Khaki dan Dark Gray.

Bahagian dalam juga meriah dengan warna coklat dan tembaga dan pelanggan boleh memesan kerusi kulit, alas kaki, emblem, dan pancaran permukaan jalan.

Toyota Aqua digerakkan enjin 1.5 liter M15A-FXE yang menghasilkan 91 ps pada 5,500 rpm dan tork 120Nm dari 3,800 sehingga 4,800 rpm.

Motor depan mempunyai kuasa 80 ps dan tork 141Nm. Motor belakang model E-Four berkuasa 6.4 ps dan tork 52Nm.

Toyota Aqua Z Raffine 2WD dijual pada harga JPY¥2,667,000 (RM83,591) dan JPY¥2,837,000 (RM88,920) untuk E-Four.

Toyota Aqua Z Raffine:

Toyota Aqua Z Raffine

Toyota Aqua 2024:

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Toyota, Toyota Aqua, Toyota Aqua Z, Toyota Aqua Z Raffine

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • #TahukahAnda: Kenali Enam Subjenama GWM di China, Mana Satu Ada di Malaysia?
    #TahukahAnda: Kenali Enam Subjenama GWM di China, Mana Satu Ada di Malaysia?
  • Honda CB125R 2026, Warna Baharu, Fork USD Showa, IMU Untuk Si Kecil
    Honda CB125R 2026, Warna Baharu, Fork USD Showa, IMU Untuk Si Kecil

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my