• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Coolray Terjual Lebih 800k Unit Serata Dunia, Jadi Antara Produk Terlaris Geely

Geely Coolray Terjual Lebih 800k Unit Serata Dunia, Jadi Antara Produk Terlaris Geely

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON X50 adalah antara model terhangat Proton dengan jualan dalam tempoh tiga tahun sejak dilancar pada Oktober 2020 hingga November 2023 sudah melebihi 100,000 unit!

Proton X50 bukan murah, tetapi berjaya mencatat jualan ribuan unit setiap bulan. Contohnya, tempahan Proton X50 facelift pada Jun lalu kini mencecah 8,000 unit dalam sebulan!

Geely Coolray Filipina.

Di pasaran antarabangsa juga mendapat sambutan hangat. Geely Coolray (nama global),  atau dikenali sebagai Binyue di China menjadi satu daripada produk terbaik dijual Geely Auto.

Sejak dilancar pada 2018, lebih 800,000 unit sudah terjual di lebih 40 negara di serata dunia. Dari Amerika, Timur Tengah, Afrika, Eropah Timur dan Asia Pasifik, Geely Coolray mendominasi pasaran dan menjadi pilihan kegemaran pengguna dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak.

Geely Binyue versi stereng kiri (LHD).

Menurut data jualan pasaran, Geely Auto International menjual 63,000 unit Coolray di peringkat antarabangsa sepanjang 2023, sekali gus meletakkan model itu sebagai antara model terlaris Geely.

Coolray juga menjadi antara pilihan utama pelanggan SUV segmen-B. Di rantau Eropah Timur misalnya, jualan runcit Coolray melonjak lebih 190 peratus berbanding tahun sebelum.

Jualan Coolray juga menyaksikan peningkatan di Arab Saudi, iaitu pertambahan 18.8 peratus berbanding tahun lalu.

Coolray terbaharu sudah diperkenal pada 2023 di beberapa negara seperti Chile, Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Bahrain, Lubnan, Azerbaijan, Kazakhstan, Moldova, Kyrgyzstan, Paraguay, Ecuador dan Mexico.

Coolray menerima banyak ulasan bagus daripada media tempatan dan kini semakin terkenal dalam kalangan pelanggan.

Coolray dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Modular Segmen-B (BMA) Geely dan menonjol dengan rekaan sporty, manakala bahagian dalaman juga tidak kurang hebat.

Coolray dijana enjin 1.5L turbo berkuasa 172hp dan tork 290Nm serta dipadankan kotak gear dual-klac (DCT) 7-kelajuan (spesifikasi berbeza mengikut pasaran).

Geely Coolray/Binyue 2019
Geely Coolray Filipina
Geely Binyue - stereng kiri

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Geely, Geely Auto, Geely Binyue, Geely Coolray, Proton X50, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my