UMW Toyota Motor (UMWT) membuka tempahan kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan jarak roda super panjang (SLWB) Toyota HiAce SLWB Serba Baharu yang menawarkan kecekapan, keselamatan, dan pengalaman pemanduan lancar.
Toyota HiAce SLWB memiliki dimensi panjang, 1,220mm, lebar 1,950mm (+255mm), tinggi 2,280mm (+300mm), dan jarak roda 3,860mm yang memberikan ruang kabin luas buat keselesaan penumpang dan muatan barang untuk perjalanan jauh.
Toyota HiAce SLWB dijana enjin 1GD-FTV diesel turbo 2.8L yang menghasilkan output kuasa 174hp @ 3,400rpm dan tork 450Nm @ 1,600-2,400rpm dengan transmisi automatik 6-kelajuan Sequential Shift untuk pecutan lancar dan kawalan terbaik.
Ciri baru pula seperti Lampu Depan Pintu Gelangsar dan Perakam Video Digital (DVR) di depan juga tersedia. Semua kerusi turut dilengkapi tali keledar 3-poin.
Pelanggan berminat boleh membuat membuat tempahan Toyota HiAce SLWB serba baharu dengan layari https://www.toyota.com.my atau hubungi Toyota di talian bebas tol 1-800-8-TOYOTA (869682).
Leave a Reply