• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perincian Cukai Jalan untuk EV Umum Hujung Bulan Ini

Perincian Cukai Jalan untuk EV Umum Hujung Bulan Ini

April 1, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan kini dalam fasa akhir membuat tinjauan penstrukturan cukai jalan bagi kenderaan elektrik (EV) yang dijangka selesai penghujung April ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, cukai jalan EV akan distruktur lebih murah daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dalam usaha menggalakkan penggunaan EV secara meluas.

Cabaran utama adalah perbandingan kapasiti enjin kenderaan ICE dengan EV.

"Kini, EV menikmati pengecualian cukai tapi kebimbangan cukai jalan untuk EV mungkin melebihi kenderaan ICE. Kerajaan komited mengurangkan cukai jalan untuk EV bagi memastikan kekal relevan untuk pembeli."

Pengecualian cukai jalan EV dan kenderaan sel bahan api hidrogen diperkenalkan pada 2022 dan sah hingga 31 Disember 2025. Di bawah sistem sedia ada, cukai jalan EV dikira berdasarkan kilowatt (kW), yang mana model EV dengan kW lebih kuat akan dikenakan cukai lebih tinggi jika dibandingkan kenderaan ICE yang bergantung kapasiti enjin.

Penstrukturan cukai jalan untuk EV akan dilaksanakan selepas tempoh pengecualian berakhir pada 2025."

Pada November lalu, Loke berkata, penstrukturan tersebut akan diumumkan sebelum akhir tahun, tetapi hanya akan berkuat kuasa selepas 2025, kecuali disambung Kementerian Kewangan.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Cukai Jalan EV, Kementerian Pengangkutan (MOT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev