• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / NISMO Hasilkan Semula Alat Ganti Kereta Lama Nissan - Skyline GT-R R32 Jadi Model Sulung

NISMO Hasilkan Semula Alat Ganti Kereta Lama Nissan - Skyline GT-R R32 Jadi Model Sulung

April 26, 2017 By Han Othman 1 Comment

488
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN kelmarin mengumumkan penubuhan Program Alat Ganti Warisan di bawah divisi prestasi, NISMO dalam usaha menyokong agenda pemasaran baharu dalam kalangan peminat jenama pengeluar dari Jepun itu. Semua sedia maklum, NISMO ialah divisi khas yang menumpukan kepada kerja-kerja talaan dan modifikasi prestasi model-model Nissan.

Namun, apa yang menarik tentang program baharu itu ialah NISMO akan mengeluarkan semula alat-alat ganti bagi model-model prestasi Nissan terpilih, dan sebagai permulaan jentera legenda, Skyline GT-R R32.

Pengumuman tentang program berkenaan diperoleh daripada forum Reddit, di mana Ketua NISMO, Takao Katagiri mengumumkan Skyline GT-R R32 sebagai model sulung dan jika berjaya, ia akan diperluaskan kepada kereta-kereta prestasi Nissan yang lain.

PASARAN GLOBAL?

Tidak dapat dipastikan sama ada program tersebut cuma khas untuk pemilik Nissan di Jepun atau turut diedarkan ke pasaran antarabangsa. Lagipun, peminat jentera prestasi Nissan di Malaysia pun bukan sedikit kelompoknya. Sebelum ini kedai alat ganti terpakai atau 'kedai potong' ialah sasaran utama pemilik-pemilik kereta Nissan negara ini. Malah, ada yang sanggup membuat pesanan dari luar negara menerusi laman web seperti eBay.

Mengenai R32 GT-R, pengeluaran alat ganti model itu sudah pun ditamatkan sejak beberapa tahun lalu, sekali gus membuatkan ia sukar didapati. Namun, jika Nissan berbesar hati membuka pasaran menerusi Program Alat Ganti Warisan itu, sudah pasti peminat Nissan menyambut baik usaha tersebut. Mereka kini dapat membeli alat ganti asli yang baharu. Kereta Nissan apa dimiliki anda sekarang?

Apapun, pemilik Almera tidak perlu risau, kerana alat ganti model itu masih senang didapati di pusat-pusat servis Nissan berdekatan. Harap bertenang.

SUMBER: Road and Tracks

Related

488
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Nismo, Nissan, Nissan NISMO, Nissan Skyline GT-R R32, program alat ganti warisan

Comments

  1. Arshad says

    January 19, 2019 at 8:26 PM

    Cylinder head Nissan Sentra 1.8 tahun 2008

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my