• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hias Kereta dengan 'Lampu Tomyam' Boleh Kena Denda!

Hias Kereta dengan 'Lampu Tomyam' Boleh Kena Denda!

March 29, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEMPENA menyambut Aidilfitri, ramai sudah mula menghias kenderaan masing-masing hingga tercetus idea luar jangka. Dalam satu video tular di Tiktok, seorang pengguna memuat naik video mendakwa menghabiskan masa enam jam hanya untuk menghias keretanya dengan lampu kelip-kelip atau 'kedai tomyam'.

Video itu dikongsi @kaksuemeow, atau nama sebenar Nur Aliah itu yang berpuas hati dengan hiasan lampu keretanya yang kini berkelipan seperti lampu kedai tomyam.

Bagaimanapun, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd Syahmi Abdul Latif menegur, perbuatan menghias kereta dengan lampu berkelip itu sebagai satu kesalahan.

Walaupun niatnya hanya untuk menyambut Ramadan, pemilik kenderaan boleh diberi amaran supaya menanggalkan lampu hiasan berkenaan dan mengembalikan ia kepada asal atau dikenakan denda.

"Apa pun, keputusan terletak pada pegawai yang bertanggungjawab. Bagi kesalahan jenis ini, denda biasanya dikenakan antara RM100 dan RM200."

@kaksuemeow Kalau kereta mcm ni baju kene menyala jugak ke eh? 😭🤌🏻 btw 6 jam tau buat ni huhu#keretakaksue #keretarayakaksue ♬ Suasana Hari Raya (Acoustic) - Cempaka Remic

Dalam video Nur Aliah yang mendapat lebih 95,000 tanda suka itu, dia turut mendedahkan pernah beberapa kali terserempak polis ketika memandu di Bukit Bintang, tetapi tidak didenda.

Sebaliknya, polis berkenaan hanya menunjukkan tanda bagus. Saya sudah menanggalkan lampu hiasan dari kereta tetapi masih ada kemungkinan saya akan menghiasnya semula."

SUMBER: Berita Harian | @kaksuemeow

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hias Kereta Lampu Tomyam, JPJ, Kereta berhias, Lampu Tomyam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev