• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Dedah Konsep SUV EV Genesis Neolun Concept

Hyundai Dedah Konsep SUV EV Genesis Neolun Concept

March 27, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


HYUNDAI memperkenalkan jenama mewah Genesis dengan model konsep elektrik baharu dinamakan Neolun Concept.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) ini menampilkan rekabentuk luaran lembut dengan lampu depan dan lampu belakang horizontal yang mengingatkan kepada kenderaan elektrik (EV) semasa Hyundai, tetapi lebih moden.

Genesis Neolun ialah model konsep yang menyerlahkan visi masa depan Genesis, dan hala tuju keseluruhan jenama itu dalam hal produk, rekabentuk, dan kemajuan teknologi.

Pengeluar automotif biasanya menggunakan model konsep sebagai metod untuk menjangka minat pelanggan atau arah masa depan sesuatu model atau jenama.

Ruang kabin Genesis Neolun Concept diilhamkan daripada perkataan Greek ‘neo’, atau baru dan Latin ‘luna’, iaitu bulan yang bermaksud minimalis berbanding konsep terkini seperti skrin dari pintu ke pintu.

SUV EV ini mempunyai skrin sentral besar dengan butang fizikal di bawah dan panel kawalan serta tombol sebelah kanan pemandu. Kerusi depan pula boleh diputar menghadap penumpang belakang untuk mendapatkan ruang duduk santai ala lounge.

Hyundai enggan mendedahkan sama ada model konsep itu ialah previu sebuah SUV elektrik besar untuk Genesis memperluas barisan produk di Amerika Syarikat (AS).

Jualan Genesis di AS meningkat 23 peratus tahun lalu kepada rekod 69,175 unit berbanding 2022. Genesis kemudian menjadi jenama tersendiri pada 2015 dengan mengatasi pesaing mewah lain yang lebih awal.

Genesis juga mendedahkan konsep lain seperti GV60 Magma Concept, iaitu varian prestasi tinggi daripada crossover EV kompak.

Menurut Genesis, model konsep itu bertujuan membangunkan model Magma prestasi tinggi untuk setiap kenderaan pengeluaran dalam barisan produk sedia ada.

SUMBER:  CNBC 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Hyndai Genesis, Hyundai Genesis EV Neolun, Hyundai Genesis GV60, model konsep, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev