• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Brek Tangan Konvensional Bakal Pupus Menjelang 2035?

#TahukahAnda: Brek Tangan Konvensional Bakal Pupus Menjelang 2035?

March 27, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BREK tangan konvensional di bahagian konsol tengah kabin kenderaan diramalkan akan ‘pupus’ menjelang 2030 atau 2035.

Ini dikaitkan dengan pendekatan rata-rata pengeluar automotif global yang lebih gemar melengkapkan barisan model terbaharu dengan brek parkir elektrik (EPB) jenis punat. Mungkin inilah ciri diminati pembeli kenderaan generasi masa kini.

Analisis pasaran mendapati, sembilan daripada 10 model kereta baharu kini dilengkapi ciri EPB.

Malah penilaian laporan jualan terkini kenderaan di Britain menunjukkan hanya 9 peratus menggunakan brek tangan konvensional dan majoriti sudah beralih kepada sistem EPB.

Kajian tahunan portal peruncitan kenderaan bermotor, CarGurus pula mendapati 21 model kenderaan di Britain yang dilengkapi brek tangan manual sudah dikeluarkan dari bilik pameran sejak 2023.

Statistik itu menunjukkan peratus kenderaan dilengkapi brek tangan konvensional didapati menyusut kira-kira 61 peratus berbanding 2019.

Satu fakta dinyatakan, kenderaan dengan brek tangan konvensional semakin pupus ada kaitan dengan keputusan pengeluar automotif menamatkan tawaran sejumlah model ‘tua’ dalam barisan produk masing-masing.

Selain itu, model versi dipertingkat seperti Renault Clio, Renault Captur, Toyota Land Cruiser dan Toyota Yaris juga beralih penggunaan brek tangan konvensional kepada EPB pada 2023.

Perlu diingatkan, peningkatan tawaran kenderaan elektrik (EV) juga dilihat sebagai penyumbang kepada ‘kepupusan’ brek tangan manual kerana EV menggunakan ciri punat untuk EPB.

Jadi, bilakah brek tangan manual dijangka pupus? CarGurus menjangka situasi itu akan berlaku pada 2035 iaitu tempoh pengharaman jualan kenderaan berasaskan petrol dan diesel di Britain.

SUMBER: Daily Mail | CarGurus

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autotainmen, brek konvensional kereta, brek parkir elektrik, brek tangan manual, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev