• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: 80 Peratus Pembeli Proton, Perodua Pilih Tempoh Pinjaman Bank Hingga Sembilan Tahun

Kajian: 80 Peratus Pembeli Proton, Perodua Pilih Tempoh Pinjaman Bank Hingga Sembilan Tahun

March 26, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


KIRA-kira 80 peratus pembeli kereta Proton dan Perodua memilih tempoh pembiayaan pinjaman kenderaan hingga sembilan tahun, kata AmInvestment Bank.

Malah menurut bank pelaburan itu, segelintir pembeli sanggup melanjutkan tempoh pinjaman lebih lama jika dibenarkan melakukannya.

Dalam kajian dilakukan AmInvestment Bank, kenderaan Proton dan Perodua  menjadi pilihan teratas dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Demografik pengguna itu juga menunjukkan pemilikan kenderaan dianggap sebagai satu keperluan berbanding  kemewahan.

Keutamaan mereha ialah bayaran ansuran bulanan. Baki kewangan mereka dipengaruhi kadar faedah semasa.

Setiap orang memantau rapat Kadar Dasar Semalaman (OPR) kerana seiring dengan situasi kewangan mereka. Ini ialah faktor yang Kerajaan tidak boleh terlepas pandang.

"Bank Negara Malaysia (BNM) sudah mengekalkan kadar OPR yang tidak berubah pada 3.0 peratus sejak Mei tahun lalu.

Menurut AmInvestment Bank lagi, permohonan dan kelulusan pinjaman kenderaan buat masa ini berjaya mengekalkan kadar yang kuat, terutama Perodua Myvi.

Pemintaan model tersebut sangat tinggi, dengan penangguhan penghantaran dilanjutkan sejak tahun lalu kerana pembeli terdedsak membeli berikutan keperluan dan kebimbangan mengenai kemungkinan peningkatan OPR yang mampu meningkatkan kos pemilikan kenderaan.

Kajian firma itu juga mendakwa pembelian kereta terpakai juga masih tinggi buat masa ini yang tidak menunjukkan tanda-tandang terjejas.

Ini kerana pada pertengahan 2023, beberapa pengeluar berdepan isu kitaran bekalan yang menyebabkan pengeluaran rendah, sekali gus meningkatkan permintaan di pasaran kenderaan terpakai.

Jualan adalah kuat, tetapi kebanyakannya untuk segmen kereta terpakai, terutama buatan Jepun dan domestik.

"Lagi, trend terkini menunjukkan pembeli mengelak membeli kereta dengan kapasiti enjin besar.Ini mungkin disebabkan kebimbangan mengenai rasionalisasu subsidi bahan api," kata AmInvestment Bank.

Tinjuan di bilik pameran kereta juga menunjukkan peningkatan minat tinggi kepada kenderaan elektrik bateri (BEV) dengan beberapa pembeli potensi kini bersedia menimbangkan penjimatan bahan api berbanding kos elektrik.

Justeru tidak dapat dinafikan BEV (atau EV) kini menjadi fokus peminat kereta, terutama golongan T1 yang melihat kenderaan seperti jenis itu bagaikan 'permainan' yang sesuai untuk kegunaan hujung minggu.

Semua EV yang dibeli, pembeli memilih tempoh pinjaman lima tahun, dan sesetengahnya membeli secara tunai yang menjadi amalan biasa golongan elit T1.

Selain itu, pengecualian pelbagai cukai  seperti duti eksais, cukai jualan, dan cukai jalan membuatkan BEV menjadi pelabutan berbaloi kepada golongan elit."

SUMBER: NST

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: AMINVESTMENT Bank, Auto Terkini, Bank Negara Malaysia (BNM), Perodua, Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev