• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Allianz EV Shield Tawar Perlindungan Tambahan untuk Pemilik EV

Allianz EV Shield Tawar Perlindungan Tambahan untuk Pemilik EV

March 26, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


ALLIANZ General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) memperkenalkan produk insurans terbaharu, Perlindungan EV Allianz (Allianz EV Shield) kepada pengguna kenderaan elektrik (EV).

Seperkara anda perlu tahu, Allianz EV Shield bukanlah pakej berasingan, tetapi hadir sebagai tambahan kepada pemilik EV yang membeli polisi Allianz Private Car (Comprehensive) Individual.

APA MANFAATNYA?

  • Allianz EV Rangers akan membantu mengecas semula EV jika kehabisan bateri. Pengecasan dibuat supaya kenderaan dapat sampai ke stesen cas terdekat. Servis ini cuma ada di Lembah Klang (buat masa ini).
  • Perlindungan hingga RM50,000 untuk kecederaan anggota badan pihak ketiga dan kerosakan harta disebabkan penggunaan langsung pengecas dinding EV di rumah.
  • Perlindungan ihsan hingga RM5,000 kepada pelanggan untuk kos baik pulih atau perbelanjaan perubatan jika kenderaan rosak dan orang yang diinsurans cedera ketika menggunakan alat pengecas EV awam.
  • Perlindungan hingga RM15,000 untuk pengecas dinding di kediaman jika berlaku kebakaran, disambar kilat, kecurian atau bencana alam.
  • Perlindungan hingga RM2,000 untuk kerosakan akibat kebakaran, kecurian dan bencana alam terhadap kabel pengecas mudah alih.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, Allianz Private Car (Comprehensive) Individual, autoterkini, Kenderaan Elektrik (EV), Perlindungan EV Allianz (Allianz EV Shield)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev