NISSAN akan membuat debut 30 model baharu di pasaran global menjelang 2026 dengan 16 model dilengkapi trenkuasa elektrik.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Makoto Uchida dalam pembentangan peta hala tuju tiga tahun Nissan, semalam.
Sebaik saja semua model itu diperkenalkan, kira-kira 60 peratus model kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) Nissan akan diperbaharui dan berwajah segar di pasaran. Ini membantu Nisaan mencapai misi peningkatan jumlah jualan sebanyak sejuta kenderaan setahun.
Selain itu, Nissan juga mengimpikan mengurangkan kos kenderaan elektrik (EV) generasi baharu hingga 30 peratus.
PECAHAN MODEL IKUT PASARAN
- China - Lapan model, dan semua ialah kenderaan tenaga baharu (NEV)
- Amerika Syarikat dan Kanada - Tujuh model
- Eropah - Enam model
- Jepun - Lima model
- Asia Tengah - Lima model, dan semua jenis kenderaan utiliti sukan (SUV)
- India - Tiga model
- Afrika - Tiga model dengan dua SUV, satu kereta kecil ICE
- Oseania - Dua model, iaitu trak pikap satu tan dan crossover kompak EV
PERALIHAN ELEKTRIFIKASI
- Dalam tempoh dua tahun lagi, Nissan bakal memiliki rangkaian model hampir seimbang untuk model ICE (14 model) dan EV (16 model).
- Nissan akan meningkatkan pelaburan dalam elektrifikasi hingga lebih 70 peratus menjelang 2026.
- Pengeluar itu sudah menyatakan rancangan melancarkan 34 model EV antara 2024 dan 2030 (semua segmen).
- Barisan model Nissan akan merangkumi 40 peratus EV pada 2026 dan 60 peratus EV menjelang 2030.
PASARAN ELEKTRIFIKASI NISSAN 2026
- Jepun: Sebanyak 70 peratus produk di negara itu akan merangkumi model hibrid dan EV.
- Eropah: 40 peratus kenderaan Nissan dijangka model EV penuh untuk kenderaan persendirian.
- Amerika Syarikat: Bakal terima model Nissan dengan trenkuasa e-Power dan hibrid plug-in (PHEV).
PECAHAN SASARAN JUALAN
Nissan mahu meningkatkan jumlah jualan tahunan sebanyak sejuta unit menjelang 2026 berbanding pencapaian 2023. Sasaran jualan sejuta unit itu diraih daripada:
- Amerika Utara: 330,000 unit
- China: 200,000 unit
- Jepun: 90,000 unit
- Afrika, Timur Tengah, Eropah dan Oseania: kira-kira 300,000 unit
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply