• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tragedi Konvoi Sahur, Dua Warga Singapura Maut, Empat Parah Dilanggar Lori di PLUS Yong Peng

Tragedi Konvoi Sahur, Dua Warga Singapura Maut, Empat Parah Dilanggar Lori di PLUS Yong Peng

March 25, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


KONVOI motosikal lapan lelaki warga Singapura pergi bersahur di Pagoh, Johor bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut akibat dirempuh lori kontena dalam kemalangan di KM111.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran Yong Peng, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika lapan lelaki warga asing tersebut berkonvoi motosikal dari Singapura untuk bersahur.

Menurutnya, laporan polis diterima jam 3 pagi yang mendakwa salah seorang penunggang konvoi mengalami masalah tayar pancit dan terpaksa berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Yong Peng.

Menyedari insiden itu, tujuh rakan konvoi lain di depan memutuskan berhenti untuk menunggu di lorong kecemasan. Bagaimanapun, sebuah lori kontena dari arah sama, yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 33 tahun, hilang kawalan hingga memasuki laluan kecemasan.

Lori itu kemudian merempuh kumpulan konvoi penunggang berkenaan hingga menyebabkan dua maut, manakala empat lain parah di tempat kejadian.

Ismail berkata, kedua-dua mangsa maut berusia 26 tahun, manakala empat yang parah mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.

Menurutnya lagi, pemandu lori bersama kelindan berusia 29 tahun, dan  salah seorang penunggang konvoi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu kontena asal Kedah itu ditahan reman tiga hari bermula Sabtu lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ujian urin dijalankan polis disahkan negatif.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, Kemalangan Lebuhraya PLUS, kemalangan maut, Konvoi Sahur, Lebuhraya PLUS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my