• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aprilia RS 457 Bakal Masuk Malaysia dengan 3 Warna Pilihan, Harga RM30k?

Aprilia RS 457 Bakal Masuk Malaysia dengan 3 Warna Pilihan, Harga RM30k?

March 25, 2024 By Shawkath 2 Comments

FacebookTwitter


ADA beberapa kedai motosikal sudah membuka tempahan untuk sportbike Aprilia RS 457 dengan bayaran  pendahuluan serendah RM1,000.

Berdasarkan maklumat yang tertera dalam iklan tersebut, motosikal itu akan hadir dengan tiga warna pilihan iaitu
Prismatic Dark,Racing Stripes dan Opalescent Light. Harga asas jualan motosikal itu bermula dari RM30,000 seunit untuk stok kiriman pertama.

Sebelum ini, PanduLaju pernah melaporkan Aprilia RS 457 ialah sportbike jenama Aprilia pertama buatan India dari kilang Baramati yang bakal dieksport ke pasaran luar. Mungkin pengguna Malaysia juga akan menerima jentera dari kilang sama.

Model itu pernah muncul semasa MotoGP India 2023 sebelum pengambilan tempahan dibuat di pasaran negara itu pada harga 410,000 rupee. Kiriman motosikal kepada pelanggan di India sudah bermula awal bulan ini.

Berikut ialah perincian Aprilia RS 457 di India:

  • Trenkuasa 4-lejang dwi-silinder sebaris DOHC (4-injap setiap silinder) penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 47hp.
  • Ada tiga mod tunggang: Eco, Rain dan Sport.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan teknologi klac antigelincir, manakala ciri Quickshifter dwi-hala ditawarkan sebagai opsyen.
  • Frem jenis aluminium dengan sistem suspensi fork terbalik (USD) dan monoshock yang kedua-dua jenis boleh laras prabeban.
  • Aprilia RS 457 dipasangkan tayar TVS Eurogrip Protorq Extreme saiz 110/70 (depan), dan 150/60 (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal 320mm (depan), dan 220mm (belakang) dengan kaliper ByBre.
  • Panel meter digital TFT berwarna 5-inci.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aprilia 457, autoterkini, roda2

Comments

  1. Abd razak hj omar says

    May 2, 2024 at 2:03 PM

    How to I booking this aprilia

    Reply
  2. Razakb Omar says

    May 16, 2024 at 11:48 PM

    How to booking this rs457

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my