MASERATI memperkenalkan keindahan Itali menerusi pengenalan roadster konvertibel GranCabrio 2024 yang bertemakan 'Ode Kami untuk Seronok' (Our Ode to Joy) pada harga bermula AS$204,995 (RM971,700).
Lihat saja video previu di bawah ini yang dihasilkan di Modeno, Itali:
Berikut spesifikasi Maserati GranCabrio 2024:
- Dijana enjin Nettuno V6 3.0L Twin-Turbo berkuasa 542hp dan tork 65oNm dengan tumpuan berat di pusat casis bagi mendapatkan agihan berat yang ideal.
- Dimensi panjang 4,966mm, tinggi 1,365mm, lebar 2,113mm dan jarak roda 2,929mm.
- Kelajuan maksimum 316kmj.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 3.6 saat.
- Tayar 265/30 ZR20 (depan), dan 295/30 ZR21 (belakang).
- Dilengkapi sistem bunyi kualiti tinggi daripada sentuhan pakar audio premium Sonus faber dengan 16 pembesar suara.
- Juga dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2
SUMBER: Maserati.com
Leave a Reply