• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat 3S Chery Kota Kinabalu Kini Dibuka, Ada Lapan Ruang Servis

Pusat 3S Chery Kota Kinabalu Kini Dibuka, Ada Lapan Ruang Servis

March 19, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


CHERY Malaysia membuka bilik pameran dan pusat servis Chery di Kota Kinabalu, Sabah yang dikendalikan rakan pengedar, Universal Chery Sdn Bhd.

Fasiliti dengan ruang pameran, jualan dan alat ganti itu terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah, yang mana pelanggan boleh melihat sendiri model Chery diminati.

Pusat servis itu turut menyediakan ruang menunggu selesa sementara kereta diservis. Pusat servis itu mampu menyelenggara hingga 830 unit kenderaan setiap bulan di lapan ruang servis yang dikendalikan juruteknik terlatih Chery.

Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata;

Chery berbesar hati tiba di Sabah. Dengan itu kami meluaskan rangkaian kami di seluruh Malaysia dan memberi peluang supaya rakyat Malaysia dapat merasai perkhidmatan kami.

"Dengan pembukaan Pusat Servis, Pameran dan Jualan ini, ia menandakan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan luar biasa dan fasiliti kepada pelanggan di Sabah. Kami juga mahu perkenalkan jenama ini kepada orang ramai supaya lebih dekat dengan kami."

Bilik Pameran dibuka setiap hari pada jam berikut:

  • Isnin-Jumaat: 8.30 pagi hingga 6 petang
  • Sabtu: 8.30 pagi hingga 4 petang (Sabtu)
  • Ahad dan Cuti Umum: 10 pagi hingga 3 petang

Pusat Servis pula dibuka jam:

  • Isnin-Jumaat: 8 pagi hingga 5 petang
  • Sabtu: 8 pagi hingga 3 petang
  • Ahad dan cuti umum: Tutup
pusat-3s-chery-kota-kinabalu-5
pusat-3s-chery-kota-kinabalu-4
pusat-3s-chery-kota-kinabalu-3
pusat-3s-chery-kota-kinabalu-1
pusat-3s-chery-kota-kinabalu-2

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Chery Malaysia, kota kinabalu, Pusat 3S Chery, Universal Chery Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev