• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan GT-R T-spec Takumi Edition dan GT-R Skyline Edition 2024 Untuk Amerika Syarikat!

Nissan GT-R T-spec Takumi Edition dan GT-R Skyline Edition 2024 Untuk Amerika Syarikat!

July 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

LAMA di pasaran sejak 2007 ura-ura Nissan GT-R ditamatkan kuat kedengaran. Selain usia, peralihan kepada rangkaian kuasa elektrifikasi juga membayangkan penamatan tersebut.

Di sebalik itu, GT-R masih kekal ditawarkan dan pasaran Amerika Syarikat (AS) menerima dua model istimewa iaitu GT-R T-spec Takumi Edition dan GT-R Skyline Edition.

Penawaran terbaru ini setidak-tidaknya mampu mengukir senyuman peminat walaupun ada yang merasa gusar.

Nissan memaklumkan, kedua-dua edisi bakal menutup model tahun (MY) 2024 yang telah menjalani perubahan besar sebelum ini.

GT-R T-spec Takumi Edition

Seperti namanya, model ini dibuat bagi menghargai para karyawan atau Takumi yang memasang enjin VR38DETT dengan tangan mereka.

Tulisan pada plat enjin dibuat dalam warna merah manakala plat nombor pengenalan kenderaan (VIN) berwarna emas.

Selain itu, model ini berbeza dengan GT-R melalui warna Midnight Purple yang merujuk kepada beberapa model edisi istimewa Skyline/GT-R. Bahagian dalam juga istimewa dengan Mori Green.

Perkakasan lain sama seperti GT-R T-spec iaitu brek seramik-karbon GT-R NISMO, rim tempa 20 inci NISMO RAYS® warna emas, Kawalan Dinamik Kenderaan talaan NISMO dan fender depan lebih lebar.

GT-R Skyline Edition

Model ini membawa nama ikonik Skyline dari luar negara ke AS dan lambang latar langit yang indah di Jepun. Skyline Edition dibangunkan dari GT-R Premium dan dibuat dalam warna Bayside Blue dan dalaman Sora Blue.

Bayside Blue warna istimewa untuk GT-R dan dibersarakan selepas R34 dan dipanggil untuk berkhidmat semula pada 2019 melalui model ulang tahun ke-50.

Nissan GT-R T-spec Takumi Edition 2024:

Nissan GT-R Skyline Edition 2024:

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Nissan, Nissan GT-R, Nissan GT-R Skyline Edition, Nissan GT-R T-spec Takumi Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my