• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Town Box dan Minicab Van 2024 Diperkenal di Jepun, 'Juara' Jepun Pada Harga Menarik!

Mitsubishi Town Box dan Minicab Van 2024 Diperkenal di Jepun, 'Juara' Jepun Pada Harga Menarik!

July 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

PROTON Juara terpahat di dalam sejarah automotif negara dan menjadi sebutan apabila berita mengenai Honda N-Box diterbitkan. Juara juga menjadi kenderaan untuk diubah suai sebagai van pekhemah.

Juara dijenamakan dari Mitsubishi Town Box generasi pertama yang dikeluarkan pada 1999. Town Box kini berada di dalam generasi kedua dan mula dikeluarkan pada 2014.

Apa yang menarik ialah Town Box generasi kedua dijenamakan dari Suzuki Every dan perkara sebegitu amalan biasa di Jepun.

Terbaru Mitsubishi memperkenal Town Box dan Minicab Van versi 2024 dengan perubahan pada kotak gear dan kelengkapan.

Kepada yang tertanya, Minicab Van merupakan Town Box versi perdagangan dan berbeza kelengkapan seperti bampar depan dan kemasan dalaman.

Bagi model 2024, Mitsubishi melengkapi kesemua varian Town Box dan beberapa varian Minicab Van dengan kotak gear CVT bagi menambah baik kecekapan penggunaan bahan api.

Turut ditukar sistem pacuan empat roda (4WD) kawalan mekanikal kepada kawalan elektronik.

Pemandu diberi tiga mod termasuk 4WD Auto yang mengawal daya pemanduan mengikut keadaan jalan raya. Dua lagi mod ialah 2WD dan 4WD Lock.

Satu lagi teknologi untuk varian CVT ialah Muddy Escape Assist yang berfungsi secara automatik apabila roda kanan atau kiri mengalami gelinciran.

Sistem akan membrek roda yang gelincir dan menghantar daya enjin kepada satu lagi roda.

Ciri-ciri Town Box dan Minicab Van 2024:

Mitsubishi Town Box

  • Varian G dan G Special.
  • Varian kotak gear automatik empat kelajuan (4A/T) ditukar kepada CVT.
  • Pilihan pacuan 2WD atau 4WD.
  • Lampu besar LED dan cermin sisi lipatan elektrik (lampu isyarat LED dan lipatan kawalan jauh).
  • Meja kerusi untuk penumpang belakang.
  • Stereng balutan kulit asli.

Mitsubishi Minicab Van

  • Varian E,M,G, Bravo.
  • Pilihan pacuan 2WD atau 4WD.
  • Varian baharu E dengan kotak gear 4AT dan manual lima kelajuan (5M/T).
  • Kotak gear CVT untuk varian Bravo, G dan M.
  • Varian Bravo menggunakan enjin RO6A 660 cc VVT turbo.
  • Bravo dilengkapi sistem operasi bebas kunci, pintu gelangsar jenis tutup mudah, cermin solek untuk pemandu dan penumpang sisi.
  • Bravo dan G dilengkapi lampu besar LED, kerusi pemandu dengan pemanas dan meja untuk penumpang belakang.
  • Semua varian dilengkapi penderia parkir belakang dan lampu indikator pada meter bagi meningkatkan keselamatan.

Town Box dan Minicab Van Bravo digerakkan enjin RO6A 660 cc VVT tiga silinder turbo yang menghasilkan 64 ps pada 6,000 rpm dan tork 95Nm pada 3,000 rpm.

Varian lain Minicab Van menggunakan enjin RO6A tanpa turbo dengan kuasa 49 ps pada 6,000 rpm dan tork 60Nm pada 4,000 rpm.

Dari segi keselamatan, kedua-dua model kecuali Minicab Van E dilengkapi teknologi e-Assist seperti Sistem Pembrekan Cegah Kemalangan (FCM), Amaran Penukaran Lorong, Tersalah Tekan Injak dan beberapa lagi.

Berkenaan harga, Town Box bermula dari JPY¥1,921,700 (RM57,191) sehingga JPY¥2,149,400 (RM63,968). Minicab Van pula daripada JPY¥1,192,400 (RM35,487) sehingga JPY¥1,885,400 (RM56,111).

Lingkungan harga yang rendah membuat penulis terfikir sekiranya ada pengimport yang berani membawa masuk Town Box memandangkan Juara masih menjadi sebutan selain populariti N-Box.

Mitsubishi Town Box G 2024
Mitsubishi Minicab G 2024
Mitsubishi Town Box G 2024 02
Mitsubishi Minicab G 2024 02
Mitsubishi Town Box G 2024 03
Mitsubishi Minicab G 2024 03

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Mitsubishi, Mitsubishi Minicab, Mitsubishi Town Box

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
    BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev