• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SPRM Sita Lapan Kenderaan Mewah Terlibat Sindiket Seludup Tembakau, Arak dan Rokok

SPRM Sita Lapan Kenderaan Mewah Terlibat Sindiket Seludup Tembakau, Arak dan Rokok

March 18, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita lapan kenderaan mewah anggaran bernilai hampir RM6 juta milik individu dipercayai terlibat sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok.

Menurut SPRM, kenderaan itu adalah seunit Lamborghini, Lexus, Mercedes, BMW, Volvo dan dua unit Toyota.

Kenderaan itu disita dalam operasi khas sekitar Lembah Klang yang digerakkan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, pada Isnin lalu dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Kenderaan berkenaan disita daripada beberapa individu berjawatan pemilik syarikat dan orang tengah yang membuat bayaran sogokan kepada pegawai di satu agensi penguat kuasa.

Sindiket itu juga dikesan terbabit aktiviti penggubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan 'syarikat hantu', melalui pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen.

Kegiatan penyeludupan itu dipercayai menyebabkan ketirisan hasil cukai dianggarkan lebih RM400 juta dan memberi rasuah lebih RM8 juta kepada beberapa individu termasuk penjawat awam bagi melancarkan kegiatan penyeludupan.

Sindiket tersebut dipercayai menggunakan taktik akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol.

Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, sitaan terhadap lapan kenderaan mewah berkenaan dan individu ditahan sudah disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Sindiket Penyeludupan, SPRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev