• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Iswara Pencuri Kabel Terbalik Dikejar Polis di Ipoh

Iswara Pencuri Kabel Terbalik Dikejar Polis di Ipoh

March 15, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBUAH sedan jenis Proton Iswara yang dinaiki dua suspek pencuri kabel dilaporkan hilang kawalan dan terbabas selepas dikejar dua kereta peronda polis di Ipoh, Perak, kira-kira jam 5 pagi semalam.

Seorang suspek melarikan diri dengan meninggalkan rakannya, berumur 58 tahun tersepit dalam kereta.

Suspek yang ditahan mengalami patah tulang selangka kanan apabila kereta dinaiki terbabas dan terbalik, serta dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dirawat. Polis kini giat memburu suspek yang melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, polis menerima laporan tentang kecurian kabel Telekom Malaysia di Jalan Pasir Mas, Taman Myfair.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Pasir Puteh ke lokasi untuk melakukan rondaan sebelum terserempak dengan dua lelaki mencurigakan.

Dua suspek disyaki sedang mencuri kabel dan melarikan diri dengan menaiki sebuah Iswara sebelum dikejar dua kereta peronda polis.

Kereta suspek hilang kawalan dan terbabas sendiri. Pemeriksaan dalam kereta menemui barang-barang kes curi kabel. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Curi Kabel, Hospital Raja Permaisuri Bainun, kemalangan, Pencuri Kemalangan, Polis Ipoh, Proton Iswara, Yahaya Hassan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev