• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Subaru, Aisin Bekerjasama Bangunkan eAxle, Komponen Pacuan Baharu untuk EV

Subaru, Aisin Bekerjasama Bangunkan eAxle, Komponen Pacuan Baharu untuk EV

April 14, 2024 By Abang Hirata 1 Comment

FacebookTwitter


JUALAN Proton Saga pada Mac mencatatkan angka lebih 6,000 unit banyak disumbangkan penukaran kotak gear automatik CVT kepada automatik 4-kelajuan (4AT) yang dibuat pada 2019.

Asalnya kotak gear itu dibekalkan Hyundai (model Geely di China juga menggunakan kotak gear sama) dan Proton bertukar kepada Aisin pada 2023.

Toyota-Brand-Logo
kawasaki-logo

Sejarah Aisin atau nama asalnya Tokai Aviation Industries bermula pada 40-an yang merupakan syarikat usaha sama antara Toyota Motor Corporation dan Kawasaki Aviation Industries.

Aisin hari ini dimiliki Toyota Motor Corporation dan walaupun terkenal dengan kotak gear, syarikat itu juga mempunyai pelbagai produk automotif seperti bumbung suria.

Terbaharu Subaru Corporation dan Aisin Corporation memaklumkan kedua-dua syarikat akan berkongsi ilmu dan pengetahuan berkenaan pembangunan kenderaan dan transmisi. Kedua-dua syarikat bersetuju untuk membangunkan secara bersama dan berkongsi pengeluaran eAxle yang akan digunakan pada kenderaan elektrik bateri (BEV) Subaru generasi baharu.

Sebagai makluman, Toyota turut memiliki kepentingan dalam Subaru. Setakat ini Subaru hanya mempunyai EV Solterra yang merupakan kembar Toyota bZ4X.

eAxle ialah perkakasan yang terdiri daripada kotak gear, motor dan inverter yang digunakan untuk memacu EV dan kenderaan elektrifikasi lain. Semua perkakasan tersebut disatukan dan mempunyai beberapa manfaat seperti penjimatan ruang, penggunaan kuasa dan kos lebih rendah.

Kerjasama itu berasaskan konsep kecekapan tinggi, ringan dan kompak. Pacuan ialah perkakasan penting yang membentuk identiti Subaru seperti dapat dilihat pada sistem Symmetrical All-Wheel Drive. Sistem itu diterjemah pada Subaru Solterra (foto atas) melalui dwimotor elektrik bagi memacu roda depan dan belakang.

Aisin antara syarikat pertama yang membangunkan eAxle. Unit elektrik Aisin yang menyatukan kotak gear dan motor dipasang pada Toyota Crown Majesta EV pada 1993. eAxle yang dibangunkan Aisin digunakan dalam pelbagai kenderaan elektrifikasi seperti C-HR, Izoa, Mirai dan Lexus UX300e.

eAxle dalam bZ4X ialah produk BluE Nexus, iaitu syarikat usaha sama antara Subaru dan Denso yang turut mempunyai pegangan Toyota di dalamnya.

Subaru Solterra
Subaru Solterra.01
Subaru Solterra.02
Subaru Solterra.03
Subaru Solterra.04
Subaru Solterra.05
Subaru Solterra.06
Subaru Solterra.07
Subaru Solterra.08

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Aisin, Auto Terkini, BluE Nexus, Kawasaki Aviation Industries, Subaru, Subaru Corporation, Subaru Solterra, Tokai Aviation Industries, Toyota Motor Corporation

Comments

  1. kereta perodua says

    April 14, 2024 at 7:32 PM

    PERODUA

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev