• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Touareg R-Line 2024 Serba Baharu CKD Kini di Malaysia, Harga RM469,990

Volkswagen Touareg R-Line 2024 Serba Baharu CKD Kini di Malaysia, Harga RM469,990

March 14, 2024 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi kenderaan Volkswagen di Malaysia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini rasmi memperkenalkan Volkswagen Touareg R-Line 2024 serba baharu untuk pasaran Malaysia.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana versi pemasangan tempatan (CKD) dari kilang HICOM di Pekan, Pahang itu ditawarkan pada harga RM469,990, berserta Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package), terdiri daripada servis percuma lima tahun, waranti lima tahun tanpa had perbatuan dan bantuan jalanan lima tahun.

Volkswagen Touareg, yang kini sudah memasuki model generasi ketiga, ialah SUV pertama Volkswagen yang diperkenalkan kepada pasaran global pada 2002 dengan lebih 1.14 juta unit terjual seluruh dunia, sekali gus kekal sebagai model Volkswagen paling popular dalam barisan SUV jenama itu.

Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandshiev (foto atas kiri) berbangga dapat memperkenalkan Touareg ke pasaran tempatan;

Touareg membawa signifikan terbesar buar Volkswagen dan merintis banyak cara. Inilah SUV pertama kami, yang mana DNA sebenar SUV Volkswagen adalah bermula dengan Touareg.

"Dan untuk menjadi negara pertama melakukan pemasangan tempatan (CKD) di luar kilang di Slovakia adalah pengiktirafan terbesar daripada Volkswagen Group."

Berikut spesfikasi Volkswagen Touareg R-Line 2024:

  • Dijana enjin 3.0L V6 TSI dengan output kuasa 340ps (335hp) dan tork 450Nm dalam sistem pacuan semua roda 4MOTION menerusi transmisi automatik 8-kelajuan.
  • Rupa depan baharu dapat dikesan menerusi rekaan gril radiator, lampu utama, dan apron depan baharu.
  • Rupa belakang menampilkan rekaan gaya tajam menerusi strip LED horizontal pada kluster lampu belakang dengan logo Volkswagen baharu bercahaya merah yang setakat ini cuma ada untuk model di China dan Amerika Syarikat.
  • Ada lima warna piliha ditawarkan, iaitu: Lapiz Blue (biru), Silicon Gray (kelabu), Grenadilla Black (hitam), Oryx White (putih) dan Dolomite Silver (perak).
  • Trim R-Line menggabungkan gaya elegan dengan dinamikan sporty, termasuk rim aloi Braga 20 inci, perincian krom dipertingkat, dan lencana 'R' pada pintu, dan  gril depan.
  • Dilengkapi teknologi pencahayaan termaju menerusi lampu utama IQ LIGHT HD MATRIX, iaitu antara sistem lampu terbaik dunia.

  • Sistem lampu pintar ini terdiri daripada lebih 38,000 LED-mikro interaktif yang mampu menerangi jalan lebih jelas dan tepat berbanding model terdahulu.
  • Juga dilengkapi ciri lampu Pandangan Malam (Night Vision), iaitu yang pertama untuk model Volkswagen di Malaysia.
  • Ciri ini memberikan pemandu pandangan yang baik ketika memandu malam. Sistem ini menggunakan sesnor inframerah dalam kamera untuk mengesan termal penting daripada sama ada manusia atau haiwan hingga 130 meter di depan untuk membantu pemandu mengelak perlanggaran.
  • Dibina atas platform MLB Evo yang dibangunkan Volkswagen Group untuk memberikan suasana kabin 5-kerusi luas dan premium.

  • Ciri Innovision Cockpit menggabungkan panel paparan digital intuitif dalam rekabentuk satu skrin, terdiri daripada kluster isntrumen Digital Cockpit 12.3 inci di depan pemandu dan unit infotainment skrin sentuh Discover Pro Max  15 inci dengan pengecas wayarles dan aplikasi Wireless App-Connect.
  • Dilengkapi sistem audio premium 730W Dynaudio Consequence yang dikuasakan  amplifier 80W dengan 13 pembesar suara yang dipasang sekeliling kabin, dan subwufer di lantai but.
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-41
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-34
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-33
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-35
  • Ciri kabin lain ialah penyaman udara kawalan klimat 4-zon boleh kustom untuk penumpang depan dan belakang.
  • Ciri Active Climate Seats memberikan ekstra keselesaan kepada penumpang depan dan belakang, terutama pada cuaca panas.
  • Menggunakan suspensi udara dengan ciri boleh laras automatik (Automatic Self-Levelling, ASL) sebagai standard. Sistem suspensi ini secara automatik akan mengadaptasi tinggi kenderaan untuk disesuaikan dengan kondisi permukaan jalan, dan merendahkan tinggi sebanyak 40mm untuk memudahkan kerja memunggah masuk dan keluar barang dari but.
  • Memiliki tinggi randuk (suspension wading) hingga 550mm.
  • Dilengkapi teknolosi keselamatan termaju Volkswagten IQ.DRIVE yang memberikan sokongan pintar kepada pemandu, terdiri daripada keselamatan ciri aktif dan pasif, iaitu: Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan ciri Henti & Mula (Stop & Go), Paparan Kawasan (Area View), Bantuan Depan Brek Kecemasan Autonomi (AEBFA), Brek Pra Perlanggaran Automatic (APCB), Bantuan Lorong/Kekal Lorong (LA/LK) Bantuan Parkir (Park Assist), Bantuan Sisi (Side Assist) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Pemantau Mengantuk (DM) dan Perhatian Pemandu Termaju (ADA), Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).
  • Touareg generasi ini juga menjadi model Volkswagen pertama ditawarkan ciri Bantuan Trafik Lintas Depan (FCTA) yang menggunakan radar untuk memantau kehadiran trafik dari kedua-dua belah di simpang. Jika mengesan risiko perlanggaran, pemandu akan diberikan amaran dan jika tiada tindakan diambil brek kecemasan automatik akan diaktifkan.
  • Maklumat lanjut boleh layari www.volkswagen.com.my/touareg-r-line. Tempahan dan pandu uji boleh dibuat di mana-mana pengedar Volkswagen terpilih.
volkswagen-touareg-r-line-2024-2
volkswagen-touareg-r-line-2024-5
volkswagen-touareg-r-line-2024-4
volkswagen-touareg-r-line-2024-7
volkswagen-touareg-r-line-2024-10
volkswagen-touareg-r-line-2024-8
volkswagen-touareg-r-line-2024-9
volkswagen-touareg-r-line-2024-6
volkswagen-touareg-r-line-2024-1
volkswagen-touareg-r-line-2024-3
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-17
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-18
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-20
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-19
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-23
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-22
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-24
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-25
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-26
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-11
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-15
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-16
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-45
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-48
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-46
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-42
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-43
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-44
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-47
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-49
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-12
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-13
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-50
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-21
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-14
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-40
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-31
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-32
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-39
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-28
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-30
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-29
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-41
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-27
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-33
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-34
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-35
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-36
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-37
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-38
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-51
volkswagen-touareg-r-line-2024-malaysia-52

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Touareg R-Line 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev