• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lari Tinggalkan Myvi bersama 935kg Minyak Masak Bersubsidi

Lari Tinggalkan Myvi bersama 935kg Minyak Masak Bersubsidi

March 12, 2024 By Shawkath Leave a Comment

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CUBAAN seorang individu untuk seludup keluar minyak masak bersubsidi dengan kereta jenis Perodua Myvi gagal.

Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dalam satu perkongsian menjelaskan minyak masak bersubdisi itu dipercayai cuba dibawa keluar ke negara jiran.

Bagaimanapun, cubaan itu gagal dalam Ops Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan Bersubsidi yang dijalankan penguat kuasa KPDN Kelantan dan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor di sekitar Tumpat, Kelantan.

Laporan menyatakan pasukan mengesan pergerakan kereta tersebut dengan membawa muatan barang kawalan yang diambil dari sebuah premis di Bandar Pasir Mas, Kelantan. Muatan itu disyaki akan dibawa ke pengkalan haram untuk diselewengkan.

Suspek yang menyedari dia diperhati dan diekori sejauh 9km tiba-tiba memandu laju kenderaan melalui jalan kampung sebelum memasuki laluan jalan mati. Suspek berjaya melarikan diri dengan memasuki kawasan semak berhampiran.

Pemeriksaan terhadap Perodua Myvi dengan berpendaftaran tempatan itu membawa kepada penemuan kira-kira 935kg minyak masak bersubsidi.

Kejadian berlaku di hadapan sebuah rumah di Taman Bakti, Kg. Slow Teliar di Bunut Susu, Pasir Mas kira-kira jam 8.15 pagi kelmarin. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

APA KENA RAMPAS?

  • 935kg minyak masak bersubsidi: RM2,337.50
  • Perodua Myvi: RM13,000

Related

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Perodaua Myvi, Perodua Myvi, Seludup minyak masak bersubsidi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev