• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Drebar Bas Maut Tersepit Langgar Belakang Treler di PLUS Alor Gajah

Drebar Bas Maut Tersepit Langgar Belakang Treler di PLUS Alor Gajah

March 11, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG pemandu bas ekspres maut, manakala tujuh penumpang cedera termasuk seorang parah dalam insiden sebuah bas ekspres City Express merempuh belakang sebuah treler di KM220.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, Alor Gajah, Melaka, awal pagi tadi.

Dalam insiden yang berlaku jam 2.30 pagi itu, pemandu bas, Zulkarnain Jalil, 41, maut akibat parah di kepala dan badan selepas tersepit di kerusi. Bagaimanapun, pemandu treler tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, bas ekspres dengan 30 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Terminal Bas Larkin, Johor Bahru ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Treler dengan muatan pasir kaca pula dipandu lelaki berusia 44 tahun yang datang dari Kota Tinggi, Johor menghala ke Senawang, Negeri Sembilan, yang mana kedua-dua kenderaan dari arah sama.

bas-ekspres-langgar-treler-alor-gajah-1
Kemalangan TBS-2

Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila bas ekspres yang tiba di lokasi kejadian melanggar belakang treler yang sedang dipandu di lorong pertama," kata Arshad.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan kedua-dua kenderaan dibawa ke Balai Polis Trafik Alor Gajah sebelum dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan.

Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian berkenaan supaya tampil membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: SinarHarian | FB InfoBeritaSemasa

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bas Ekspres City Express, kemalangan jalan raya, kemalangan maut, Lebuhraya Utara-Selatan, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev