• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MBPP Sita 28 Unit e-Skuter Buat Sewa Haram di Pulau Pinang

MBPP Sita 28 Unit e-Skuter Buat Sewa Haram di Pulau Pinang

March 11, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


MAJLIS Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyita 28 unit e-skuter di satu premis perniagaan yang menjalankan sewa kenderaan mikrobiliti tanpa lesen di Lebuh Armenian, Pulau Pinang, semalam.

MBPP memaklumkan Jabatan Pelesenan dan Pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP sudah menjalankan risikan sebelum menyerbu premis itu pada jam 11 pagi.

Hasil risikan mendapati premis itu berselindung di sebalik sebuah kedai menyewa basikal dan turut menawarkan khidmat sewa e-skuter kepada orang awam.

Dalam serbuan itu, MBPP merampas 28 e-skuter yang dijadikan barang perniagaan yang menjalankan trend dan perniagaan tanpa lesen sah MBPP."

"Risikan dan pemantauan digerakkan sebelum operasi bermula, sebuah e-skuter mengalami insiden kecil dengan melanggar sebuah kereta dan terdapat beberapa e-skuter ditunggang berbahaya dan melulu di jalan raya."

Penyewa e-skuter juga didapati tidak membuat penyeliaan ketat, termasuk tidak mahu mengambil risiko terhadap pemanduan e-skuter yang disewakan kepada pengguna.

MBPP bakal meneruskan penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap premis perniagaan kerana pihaknya memandang serius isu keselamatan dan kepentingan pengguna lalu lintas dan orang ramai.

mbpp-sita-e-skuter-1
mbpp-sita-e-skuter-2
mbpp-sita-e-skuter-3
mbpp-sita-e-skuter-4
mbpp-sita-e-skuter-5
mbpp-sita-e-skuter-6
mbpp-sita-e-skuter-7

SUMBER: Bernama | Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, e-Skuter, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), MBPP, Sita e-Skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev