• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / LLM Arah Syarikat Konsesi Tol Bantu Lancarkan Trafik Sepanjang Ramadan

LLM Arah Syarikat Konsesi Tol Bantu Lancarkan Trafik Sepanjang Ramadan

March 11, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya melakukan persediaan rapi khususnya pada waktu puncak sepanjang Ramadan ini.

Arahan itu dikeluarkan LLM untuk memastikan golongan pengguna yang membayar tol dapat menikmati keselesaan, keselamatan dan perjalanan lebih lancar.

LLM dalam kenyataan menyatakan pihaknya menjangkakan peningkatan jumlah trafik di lebuh raya bertol semasa pulang atau pergi bekerja pada Ramadan bermula esok, Selasa (12 Mac).

Kenyataan tersebut mengarahkan 13 inisiatif dilaksanakan iaitu:

  1. Menyelaras semua lokasi dan masa penutupan lorong untuk kerja penyelenggaraan selaras waktu pulang/pergi kerja sama ada sektor Kerajaan atau swasta yang akan berubah berbanding waktu kerja biasa.
  2. Menjadualkan semula waktu pengaktifan laluan Tidal atau SmartLane selaras perubahan waktu kerja.
  3. Memastikan semua kemudahan yang disediakan di kawasan Rehat & Rawat (R&R), Hentian Sebelah, Plaza Tol dalam keadaan baik termasuk bekalan air dan tahap kebersihan.
  4. Mengenal pasti lokasi tumpuan dan menyediakan kemudahan tambahan sementara untuk menangani peningkatan jumlah pengguna.
  5. Meningkatkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu kelancaran pergerakan trafik di lokasi kritikal seperti lampu isyarat selepas susur keluar lebuh raya.
  6. Tempoh sela masa lampu isyarat diselaras semula berdasarkan waktu puncak Ramadan.
  7. Melakukan pemeriksaan peralatan tol untuk memastikan tiada gangguan terhadap sistem kutipan tol. Petugas penyelenggaraan perlu berada dalam keadaan tunggu sedia (on-call).
  8. Menempatkan petugas di plaza tol kritikal dengan menyediakan peralatan pidion atau obvia untuk membantu mempercepat dan melancarkan trafik.
  9. Penyediaan lorong tambahan sama ada secara lorong manual, berlapis atau reverseable lane di plaza tol kritikal.
  10. Petugas hendaklah bersedia membantu pengguna yang mengalami masalah baki nilai kad Touch ’n Go (TnG) tidak mencukupi.
  11. Menempatkan pasukan pasukan tindak balas kecemasan Emergency Response Team (EMT) di lokasi strategik, termasuk kenderaan kembalik atau kren.
  12. Menempatkan petugas di lokasi panas yang berkemungkinan berlaku kesesakan berikutan penganjuran bazar Ramadan atau aktiviti lain sepanjang jajaran utama lebuh raya.
  13. Membuat hebahan status trafik semasa melalui media sosial dan radio.

Pengguna lebuh raya boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik (TMC) LLM di talian 1-800-88-7752 untuk maklumat situasi trafik atau mendapatkan bantuan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ramadan, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev