HARGA runcit produk petroleum iaitu minyak petrol RON95, RON97 dan diesel tidak menunjukkan sebarang perubahan sepanjang tempoh 10 minggu pertama tahun 2024.
Harga runcit terkini produk petroleum untuk tempoh 7 hingga 13 Mac 2024 yang diumumkan Kementerian Kewangan adalah seperti berikut:
Seperti diketahui, Kerajaan menetapkan had harga siling untuk minyak petrol RON95 dan diesel masing-masing pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter sejak Februari 2021.
Tujuan kawalan harga bahan bakar bersubsidi itu dibuat untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak yang ketara apabila harga sebenar minyak di pasaran global meningkat.
Minyak petrol RON97 pula tidak dikawal Kerajaan, sebaliknya diapungkan mengikut harga pasaran.
Sepanjang tahun lalu, minyak petrol premium RON97 mengalami kenaikan harga dari RM3.35 kepada RM3.37 seliter (naik 2 sen) pada Jun 2023 dan RM3.37 menjadi RM3.47 seliter pada pertengahan bulan September 2023.
Leave a Reply