• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Lancar Model Khas Pasaran China - Pegas dan K2 Cross

Kia Lancar Model Khas Pasaran China - Pegas dan K2 Cross

April 26, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA Motors baru-baru ini mempamerkan dua model baharu, Pegas dan K2 Cross di Pameran Auto Antarabangsa Shanghai 2017 yang direka, dibangunkan dan dibina khusus untuk pasaran China. Kia Pegas ialah sedan mini, manakala K2 Cross ialah kereta kompak yang diilhamkan daripada kenderaan utiliti sukan (SUV). Melihat rekaan dua model tersebut seakan pernah kita lihat, tetapi di mana ya?

Gaya rekaan depan nampak seiras Kia Rio sedan dan Rio hatchback yang baru saja dilancarkan di Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2017, sekitar sebulan lalu.

KIA PEGAS


Kia Pegas berada dalam segmen sedan mini (sama dengan Proton Saga dan Perodua Bezza) dan tampil dengan rekaan signatur Kia seperti gril 'hidung harimau'. Pegas adalah model khusus untuk China dan disasarkan kepada pembeli muda di sana. Jarak roda berukuran 2,570mm, manakala saiz but belakang 475 liter - ruang luas dalam kelas.

Pegas dikuasakan enjin 1.4L MPI dengan output 92.6hp dan tork maksimum 133Nm serta dipadankan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan. Sedan ini akan mula dijual pada penggal kedua tahun ini.

KIA K2 CROSS


Kia K2 Cross pula tampil dengan gaya badan sebuah SUV yang sebenarnya diasaskan daripada sedan kompak K2. Model baharu itu ditinggikan 45mm berbanding model hatchback supaya jarak kelegaan bumi selari dengan bentuk badan crossover. Penampilan K2 Cross diserlahkan lagi dengan kit badan ala crossover, seterusnya menambah ukuran berbanding K2 sedia ada dengan lebar 1,750mm (+30mm) dan panjang 4,240mm (+40mm).

Pembeli K2 Cross ditawarkan dua pilihan enjin, 1.4L berkuasa 98.5hp dengan tork maksimum 132Nm, dan enjin 1.6L berkuasa 130hp dengan tork 151Nm. Kedua-dua enjin menggunakan teknologi pemasaan variabel-dual berterusan (dual continuously-variable valve timing - D-CVVT) yang dipadankan dengan transmisi manual atau automatik 6-kelajuan.

Berbeza Pegas, K2 Cross akan dipasarkan lebih awal, iaitu suku kedua tahun ini.

Related

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kia, Kia K2 Cross, Kia Pegas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my