• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV EV Nissan Ariya 2024 Turun Harga di AS!

SUV EV Nissan Ariya 2024 Turun Harga di AS!

April 14, 2024 By Abang Hirata 1 Comment

FacebookTwitter

SEDAR atau tidak, kita sekarang berada dalam musim perang harga kenderaan elektrik (EV), perhatikan model baharu yang dilancarkan selain pakej pembelian menarik.

Malah harga EV juga sudah setara atau lebih rendah daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE)!

Terbaharu Nissan mengumumkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektik penuh Ariya 2024 pasaran Amerika Syarikat (AS) ditawarkan daripada AS$39,590 (RM187,345) dan varian lain turut menerima penurunan harga.

Nissan Ariya Engage yang juga varian aras mula dikurangkan AS$3,600 (RM17,035), manakala varian lain hingga AS$6,000 (RM28,390).

Pengarah Kanan, Strategi dan Transformasi EV, Nissan AS, Trisha Jung berkata, harga itu bagi meningkatkan daya saing Ariya.

Dengan pasaran EV terus membangun dan berkembang, semakan harga Ariya 2024 akan meningkatkan daya saing Ariya dan memastikan kami memberikan nilai maksimum kepada pelanggan."

Bagi pasaran AS, Ariya ditawarkan dalam dua saiz bateri, pilihan pacuan roda depan (FWD) atau dwi-motor pacuan semua roda e-4ORCE dan dalam lima varian.

Ariya 2024 dilengkapi bateri 63kWj dengan jarak pemanduan standard (Ariya Engage), atau bateri jarak jauh 87kWj dengan output 214hp hingga 389hp.

Pacuan e-4ORCE mengoptimum agihan daya kilas depan dan belakang dan menggunakan kawalan brek secara bebas pada setiap empat roda bagi memaksimumkan daya selekoh yang dihasilkan setiap roda.

Dengan mengawal momentum dan pengendalian kenderaan secara tepat, sistem e-4ORCE turut mengurangkan anggul naik dan turun (pitch and dive).

Seperkara yang memudahkan pengguna EV di AS adalah penyeragaman port pengecas dan Nissan tidak terkecuali. Nissan membuat perjanjian dengan Tesla bagi menyediakan adapter North American Charging Standard (NACS) untuk Ariya dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Kemudahan itu membolehkan pemilik mengecas Ariya menggunakan plag NACS di pusat pengecasan Tesla Supercharger yang bersesuaian dan meningkatkan jumlah lokasi pengecas pantas secara ketara.

Bermula 2025, Nissan akan menawarkan port NACS kepada pelanggan di AS dan Kanada yang memudahkan lagi penggunaan Tesla Supercharger.

Harga Nissan Ariya 2024 mengikut bateri dan varian

Bateri 63 kWj
  • Engage FWD: AS$39,590 (RM187,345)
  • Engage e-4ORCE: AS$43,590 (RM206,280)
Bateri 87 kWj
  • Venture+ FWD: AS$41,190 (RM194,920)
  • Evolve+ FWD: AS$44,190 (RM209,120)
  • Empower+ FWD: AS$47,690 (RM225,680)
  • Engage+ e-4ORCE: AS$45,190 (RM213,850)
  • Evolve+ e-4ORCE: AS$48,190 (RM228,050)
  • Platinum+ e-4ORCE: AS$54,190 (RM256,450)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: e-Force, EV, Nissan, Nissan Ariya, Nissan AS, Nissan USA, Rod4, SUV, SUV EV

Comments

  1. kereta perodua says

    April 14, 2024 at 7:29 PM

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my