• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Pilot Black Edition 2025 yang Lebih Besar daripada CR-V dengan Tiga Baris Tempat Duduk

Honda Pilot Black Edition 2025 yang Lebih Besar daripada CR-V dengan Tiga Baris Tempat Duduk

March 19, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DARI depan nampak macam CR-V, tetapi Honda Pilot lebih besar dan boleh memuatkan hingga tujuh atau lapan penumpang bergantung varian. Sebagai perbandingan, Pilot berukuran panjang 5,070mm berbanding CR-V (4,690mm).

Pilot generasi pertama dikeluarkan pada 2002 dan terkini, generasi keempat pada 2022. Bagi model 2025, Honda menambah varian baharu, Pilot Black Edition yang tampil dalam gaya tersendiri.

'Black Edition' bukan bermakna semua hitam, tetapi perkakasan dan kemasan yang dibuat dalam warna hitam.

Ada enam varian Pilot untuk model keluaran 2025, termasuk Trailsport dengan ciri lasak seperti tayar pelbagai rupa bumi (AT), plat besi bawah bampar, jarak tinggi bumi lebih tinggi, suspensi talaan 0ff-road dan lain-lain.

Pengenalan Trailsport mengisi ruang enam varian dengan Pilot LX sebagai varian asas digantikan Pilot Sport.

Mengenai trenkuasa, tiada enjin 1.5L Turbo VTEC atau 2.0L e:HEV, sebaliknya Honda Pilot dijana enjin 3.5L V6 dengan output kuasa 285hp@ 6,100rpm dan tork 355Nm @ 5,000rpm.

Enjin dipadankan kotak gear automatik 10-kelajuan dengan teknologi Shift-By-Wire (SBW) dan pilihan pacuan dua roda (2WD) atau semua roda (AWD).

Walaupun bersesaran besar, enjin Pilot dilenglapi teknologi Pengurusan Silinder Boleh Ubah (VCM) yang boleh menyah aktif silinder dan fungsi Lahu-Henti (Idle-Stop) bagi mengurangkan penggunaan bahan api.

Honda Pilot Black Edition

Ini varian baharu antara Trailsport dan Elite yang dilengkapi perkakasan hitam kilat seperti rim aloi 20 inci, palang gril atas dan cermin sisi.

Perkakasan lain turut digelapkan seperti braket bampar depan, frem tingkap dan braket bampar belakang serta terpampang di pintu but, logo Black Edition. Juga ada teknologi Pengurusan Tork Boleh Ubah Pintar (iVTM-4) dan sistem AWD dijadikan ciri standard.

Bahagian dalaman diserikan kerusi kulit dengan rongga merah yang mendominasi dan satu-satunya varian Pilot dilengkapi ciri sebegini selain logo Black Edition pada penyandar kepala dan alas kaki.

Turut meriah ialah sulaman merah pada stereng, panel pintu dan nyalaan lampu merah pada papan pemuka, pintu dan konsol tengah.

Pilot TrailSport

Dilengkapi keupayaan tambahan di laluan off-road. Menggunakan tayar AT dan rim 18 inci, suspensi talaan off-road dengan jarak tinggi bumi 8.3 inci berbanding 7.3 inci, dan plat besi bagi melindungi komponen bawah.

Berbeza Black Edition, varian TrailSport mengunakan kemasan jingga pada stereng, panel pintu dan kerusi selain logo khas pada penyandar kepala dan alas kaki getah jenis semua cuaca.

Ciri asas terdiri ialah konektiviti Apple CarPlay and Android Auto, pengecas wayarles Qi, empat port pengecas USB Type-C dan bumbung suria panoramik.

Honda SENSING

Semua varian Honda Pilot 2025 dilengkapi teknologi bantuan pemandu Honda SENSING seperti Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS) dengan Pengesan Pejalan Kaki dan Amaran Perlanggaran Depan (FCW).

Turut dilengkapi Mitigasi Keluar Jalan  (RDM) dengan Amaran Keluar Lorong (LDW), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS) dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

Harga

Harga enam varian bermula Honda Pilot Sport 2WD dijual pada AS$39,900 (RM188,670) hingga AS$49,100 (RM232,170) untuk Black Edition AWD. Varian lasak Trailsport pula berharga AS$54,280 (RM256,670).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Black Edition, Honda, Honda Pilot, Honda Pilot Black Edition, Honda Pilot Black Edition 2025, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my