• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda NX400L 2024 Ini Dibuat Khusus untuk Latihan Sekolah Memandu Jepun

Honda NX400L 2024 Ini Dibuat Khusus untuk Latihan Sekolah Memandu Jepun

March 19, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KEPADA pemegang lesen B penuh, motosikal apakah yang anda gunakan untuk latihan dan ujian memandu? Di Jepun, Honda memperkenalkan NX400L 2024 yang dibuat khusus untuk latihan sekolah memandu.

Sekali pandang, jelas NX400L 2024 diubah suai daripada NX400 yang diperkenal di Jepun pada Februari lalu. NX400 menggantikan CB400X, sama seperti NX500 yang diperkenal di Milan pada November 2023 sebagai pengganti CB500X.

Di Jepun, lesen menunggang motosikal dibahagikan kepada empat kategori:

  • Moped:  50cc ke bawah
  • Kecil: Lebih 50cc-125cc
  • Biasa: Lebih 50cc-400cc
  • Berat/Besar: Lebih 400cc

Honda mengubah suai NX400L dengan mengambil beberapa perkara seperti aspek pengendalian ketika latihan. Lihat pada perkakasan ditambah seperti bar rempuh (crash bar) di depan dan belakang.

Jika nampak pelik, memang benar kerana panjang suspensi dipendekkan yang nampak seperti 'turun fork' bak kata kaki modifikasi semalaysia. Bentuk hendal juga diubah, termasuk hujung hendal panjang.

Perubahan luar mata kasar juga dibuat dengan mengurangkan nisbah pengurangan kedua, daripada 2.029 : 3.000 kepada 2.029 : 3.200. Kluster lampu depan pula menunjukkan posisi gear, brek, spidometer dan status enjin.

Hanya satu warna ditawarkan, iaitu Fighting Red (merah), berbanding Pearl Glare White dan Matte Ballistic Black Metallic untuk NX400. Dimensi dan berat juga berbeza.

Ciri Honda NX400L

  • Dijana enjin 4-lejang 2-silinder sebaris 399cc DOHC penyejukan cecair.
  • Output kuasa 45hp (46ps) @ 9,000rpm, dan tork 38Nm @ 7,500rpm.
  • Kapasiti tangki petrol 17 liter.

Ciri Honda NX400L (merah) dan NX400 (putih)

  • Dimensi: Panjang 2,140mm x Lebar 820mm x Tinggi 1,190mm
  • Jarak roda: 1,430 (NX400: 1,435mm)
  • Jarak tinggi bumi: 134mm (NX400: 150mm)
  • Tinggi pelana: 790mm (NX400: 800mm)
  • Berat: 201kg (NX400: 196kg)
  • Nisbah pengurangan kedua: 2.029 : 3.200 (NX400: 2.029:3.000)

Mengenai harga, Honda NX400L ditawarkan pada 1,067,000 yen (RM33,720), dan dengan segala ciri lebih mahal daripada NX400, iaitu 891,000 yen (RM28,160).

Honda NX400L
Honda NX400L 2024 01
Honda NX400L 2024 04
Honda NX400L 2024 03
Honda NX400L 2024 02
Honda NX400
Honda NX400 2024 Jepun.01
Honda NX400 2024 Jepun.02
Honda NX400 2024 Jepun.03
Honda NX400 2024 Jepun.04

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda Jepun, Honda NX400, Honda NX4000L 2024, Honda NX400L, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev