• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Bermaz Auto Alliance (BAA) Henti Operasi Servis Selepas Jualan Peugeot

Bermaz Auto Alliance (BAA) Henti Operasi Servis Selepas Jualan Peugeot

March 1, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


BERMAZ Auto Alliance (BAA) mengumumkan menghentikan operasi perniagaan berkuat kuasa 29 Februari selepas tiga tahun penubuhan syarikat itu dalam menguruskan perkhidmatan selepas jualan, pengedaran dan jualan kenderaan Peugeot di Malaysia dan sebagai pusat baik pulih bertauliah untuk Citroen dan DS.

Keputusan itu dibuat susulan pengumuman Stellantis N V pada 22 November tahun lalu untuk menguruskan jenamanya di pasaran Malaysia menerusi syarikat jualan sendiri.

Pemberhentian operasi itu juga menandakan BAA tidak lagi dapat meneruskan perkhidmatan kepada pelanggan Peugeot.

BAA turut menyatakan terima kasih atas sokongan dan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan selepas jualan yang diberikan sepanjang tahun berkenaan.

Terdahulu, BAA bersetuju menyerahkan program kontrak Penyelenggaraan Servis Percuma (FSM) kepada Stellantis N V sepenuhnya.

Justeru selepas ini semua FSM akan diuruskan rangkaian Stellantis yang dilantik. Pelanggan terlibat juga diminat merujuk kepada Stellantis atau menghubungi perkhidmatan pelanggan di talian bebas tol 1800-18-7852 atau e-mel kepada [email protected] untuk sebarang penjelasan dan isu-isu berkaitan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BAA Henti Operasi Peugeot, Bermaz Auto Alliance (BAA), Stellantis, Stellantis N V

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my