• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW Panggil Balik 10 Model Termasuk Rolls-Royce di AS, Ada Masalah Sistem Brek

BMW Panggil Balik 10 Model Termasuk Rolls-Royce di AS, Ada Masalah Sistem Brek

February 27, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


ADA 10 model kenderaan berbeza termasuk Rolls-Royce Specter di bawah BMW Group kini terlibat dalam kempen panggilan balik berhubung masalah kerosakan sistem bantuan brek.

Menurut laporan Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) di Amerika Syarikat (AS), BMW Group akan memanggil balik sebanyak 79,670 kenderaan yang dihasilkan di AS.

Model terlibat ialah BMW X1, X5, X6, X7, XM, 5 Series, 7 Series, i5, i7 dan coupe elektrik mewah Rolls-Royce Specter.

BMW Group dilaporkan belum menjelaskan bagaimana mereka menemui permasalahan itu tetapi laporan daripada pihak pembekal menyatakan model kenderaan terlibat adalah keluaran tahun 2023 hingga 2024.

Masalah itu dikatakan melibatkan sistem integrasi pembrekan (IB) yang mungkin gagal beroperasi mengikut keperluan teknikal.

Ini akan menyebabkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) gagal berfungsi.
Pengeluar kenderaan Jerman itu menyatakan gangguan hanya melibatkan ciri elektronik.

Maksudnya, sistem pembrekan mekanikal biasa masih berfungsi seperti biasa semasa pemandu memijak brek, termasuk sistem agihan daya brek.

Cumanya, jarak pembrekan lebih jauh dan mungkin mengakibatkan kemalangan disebabkan ketiadaan ciri bantuan elektronik.

PECAHAN MODEL TERLIBAT

SUMBER: CarScoops | Zing

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, BMW Group recall, Isu Keselamatan Jalan Raya, PENTADBIRAN Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), Roda4, Rolls-Royce Specter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my