• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengeluar EV Digesa Jadikan Malaysia Hab EV Asean

Pengeluar EV Digesa Jadikan Malaysia Hab EV Asean

February 22, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menggalakkan pengeluar kenderaan elektrik (EV) mempertimbangkan Malaysia sebagai hab membekal dan memberi perkhidmatan kepada pasaran EV di Asean.

Beliau berkata, pasaran EV di Asean dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kira-kira 33 peratus daripada sekitar AS$500 juta pada 2021 kepada AS$2.7 bilion (RM11.77 bilion) menjelang 2027.

Malaysia mempunyai banyak faktor positif yang menjadikan landskap pelaburan kondusif untuk menyokong cita-cita hab serantau syarikat multinasional.

Selain lokasi strategik, infrastruktur baik dan kedaulatan undang-undang, kita ada industri elektrik dan elektronik yang mantap bagi memberi peluang kepada industri lain, termasuk aeroangkasa, tenaga boleh diperbaharui dan EV."

"Kenderaan elektrik bateri penumpang (BEV) berdaftar baharu melonjak daripada sekitar 3,000 unit pada 2022 kepada lebih 13,000 unit pada 2023," katanya.

Beliau juga menggalakkan kerjasama peneraju industri global untuk membawa pengeluaran kenderaan tenaga bersih ke Malaysia dan memulakan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di negara ini supaya dapat membangunkan lebih ramai pekerja tempatan berkemahiran tinggi dan menyokong lebih banyak vendor domestik.

SUMBER: TheStar

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdu Aziz, EV, Kenderaan Elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev