• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 6 Kereta Elektrik Mengecas Serentak Mampu Buatkan Britain Kurang Tenaga Letrik - Ini Bukan Teori Konspirasi

6 Kereta Elektrik Mengecas Serentak Mampu Buatkan Britain Kurang Tenaga Letrik - Ini Bukan Teori Konspirasi

April 23, 2017 By Han Othman Leave a Comment

55
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BRITAIN mungkin perlu menaik taraf rangkaian tenaga elektrik untuk menampung pertambahan kenderaan elektrik (EV) atas jalan, kata badan bebas tentang alam sekitar, Green Alliance, atau berdepan masalah terputus bekalan elektrik jika terdapat sekurang-kurangnya enam EV dicas serentak pada masa sama sepanjang deretan jalan di sesuatu kawasan setempat.

Situasinya sama seperti sebuah rumah memasang perkakas elektrik berat seperti mesin basuh, seterika, vakum, ketuhar gelombang mikro, penyaman udara dan alat gerudi dinding secara serentak. Rumah anda berisiko terputus bekalan elektrik!

MASALAH BEKALAN ELEKTRIK

Buat masa ini, pemilikan EV di Britain ialah kurang daripada 1 peratus pengeluaran elektrik setiap tahun, tetapi dijangka meningkat 700 peratus dalam tempoh dua dekad akan datang. Menurut Green Alliance lagi, rangkaian tenaga di Britain ketika ini berisiko berdepan masalah jika tiada sebarang usaha menaik taraf dilakukan untuk menghadapi pertumbuhan pemilikan EV yang semakin popular.

Setakat ini, terdapat kira-kira 86,000 EV atas jalan Britain, dan dijangka meningkat hingga 4.5 juta menjelang 2040 yang merangkumi 7 peratus jumlah penggunaan tenaga negara.

caj-kereta-elektrik-uk
kereta-elektrik-ev-caj

KOS TINGGI JIKA LAMBAT NAIK TARAF

Pasukan Green Alliance mengingatkan sekiranya Kerajaan gagal mengemas kini agihan tenaga untuk memenuhi keperluan teknologi abad ke-21, Britain hampir pasti terjerumus kepada krisis tenaga membabitkan kos naik taraf mahal, kekurangan bekalan elektrik, dan situasi huru-hara dalam kalangan penduduk.

Padahnya, hanya dengan mengecas 6 EV dalam jarak dekat pada masa puncak sudah cukup menyebabkan grid (rangkaian sambungan elektrik) mengalami masalah beban lebih (overload), sekali gus menjejaskan bekalan kuasa tempatan. Hari ini, satu daripada lima grid elektrik setempat di Britain tidak mampu menampung agihan tenaga seperti solar atas bumbung.

Apapun, syukurlah, Malaysia masih aman!

SUMBER: TheSun.co.uk

Related

55
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Britain, EV, Green Alliance, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev