PENGEDAR rasmi motosikal Honda di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan warna baharu untuk supermoped Honda RS-X 150 2024 dengan warna baharu, iaitu Mat Ion Blue Metallic.
Warna baharu ini boleh dipesan di pengedar BSH terpilih seluruh negara bermula 22 Februari 2024 pada harga disyorkan RM9,798, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
Berikut perincian Honda RS-X 150 2024:
- Dijana enjin patuh piawaian Euro4, jenis 4-lejang silinder tunggal 150cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 15.8hp (11.8kW) @ 9,000rpm, dan tork 13.6Nm @ 7,000rpm.
- Menawarkan ciri teknologi tinggi seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal di depan bagi meningkatkan keyakinan tunggangan.
- Menggunakan lampu LED penuh pada lampu utama, signal belok dan lampu belakang.
- Panel meter digital penuh dan pembuka pelana untuk kemudahan tambahan kepada penunggang.
- Setiap pembelian diberikan waranti kilang dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu).
Leave a Reply