• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beli Kereta Sepantas Sehari di EON & Sahabat Autofest 2024!

Beli Kereta Sepantas Sehari di EON & Sahabat Autofest 2024!

February 27, 2024 By Han Othman Leave a Comment

262
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAK tahu nak ke mana awal bulan depan? Apa kata datang beramai-ramai ke acara EON & Sahabat Autofest 2024 di EON Glenmarie Shah Alam, Selangor pada 1 hingga 3Mac ini bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Masuk adalah PERCUMA, tetapi berdaftar (boleh daftar awal SINI).

Acara itu dianjurkan sempena meraikan kecemerlangan dan inovasi automotif selain meraikan ulang tahun EON Berhad yang ke-40.

Menariknya, acara ini akan menyaksikan pelancaran EON Capital yang memberikan pengalaman pemilikan kenderaan terbaik buat pelanggan di Malaysia. Apa yang anda dapat jika datang ke acara ini?

Beli Kereta Sepantas Sehari!

  • Serentak pelancaran EON Capital, anda kini boleh bawa balik kereta idaman sepantas sehari daripada tempoh pendaftaran hingga pendaftaran! Ya, tempah, buat pinjaman, daftar dan bawa pulang kereta pada hari sama.
  • EON Capital turut menawarkan bayaran pembiayaan pembelian fleksibel yang dirangka buat pelanggan.

Seksyen Kenderaan Baharu

  • Ada macam-macam jenama kenderaan di bawah edaran EON seperti Proton, Audi, Volkswagen, Mitsubishi, smart, Isuzu, dan Daihatsu. Selain itu, sahabat-sahabat EON seperti Honda, Kawasaki dan  Modenas turut bersama memeriahkan acara.
  • Ada juga diskaun eksklusif, termasuk pilihan pembiayaan istimewa dan pameran menarik.

Seksyen Kereta Terpakai

  • Bajet tak berapa ngam? Jangan susah hati, acara ini juga ada pelbagai pilihan kenderaan terpakai aneka jenama. Pilih saja  sama ada mahu sedan kompak, kenderaan utiliti sukan (SUV), atau coupe sporty mengikut bajet anda.

Seksyen Servis

  • Agensi perkhidmatan seperti AVIS, Pos Malaysia, Puspakom, Petromin Express dan Universiti DRB-HICOM turut berada di sana.

Promosi Pra-Raya

  • Anda juga boleh dapatkan rebat istimewa untuk semua jenama yang ada sempena Aidilfitri tahun ini.

Hadiah Cabutan Bertuah

  • Ini paling terbaik! Kalau datang acara ini, anda berpeluang menang Proton S70 baharu! Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda mungkin ada di EON & Sahabat Autofest 2024.

Bazaar Raya

  • Ada banyak vendor hadir menawarkan produk bertemakan Raya seperti fesyen, barangan hiasan, makanan dan minuman dan macam-macam lagi.

Aktiviti Keluarga

  • Nak bawa keluarga pun boleh kerana ada banyak aktiviti mesra-famili disediakan di sini, termasuk trak makanan, penampilan selebriti dan zon kanak-kanak.

Sebelum terlupa, EON juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan shutter dari Stesen LRT Glenmarie dan  Wisma DRB-HICOM. Semuanya PERCUMA sahaja untuk kemudahan pengunjung ke acara ini. Datang jangan tak datang!

Related

262
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, DRB-Hicom, EON & Sahabat Autofest 2024, EON Berhad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my