• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Wagon EV Anggun Volkswagen ID.7 Tourer 2024 yang Boleh Pandu Sejauh 685km!

Wagon EV Anggun Volkswagen ID.7 Tourer 2024 yang Boleh Pandu Sejauh 685km!

April 18, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA April 2023, Volkswagen memperkenalkan sedan fastback elektrik ID.7 yang tampak besar dengan lebar 1,862mm dan panjang 4,961mm.

Ciri sporty ID.7 diserlahkan melalui model konsep ID.X Performance yang menyusul beberapa bulan kemudian.

Kini ada satu gaya badan baharu, iaitu Volkswagen ID.7 Tourer 2024. Ia kelihatan begitu sesuai seperti ID.7 yang dilahirkan sebagai wagon atau estate apatah lagi dengan lebar dan panjang sama seperti sedan ID.7. Perhatikan garis bahu ID.7 yang menyambut bumbung tinggi dan labuh ke belakang. Sempurna!

Tawaran terbaharu itu juga bersesuaian kerana pasaran Eropah lebih menggemari hatchback dan wagon berbanding sedan. Sebagaimakluman, Passat baharu hanya ditawarkan dalam gaya badan wagon sahaja.

Selain saiz, trenkuasa juga sama seperti ID.7:

  • Motor tunggal 210kW (282hp) dan tork 545Nm
  • Pacuan roda belakang (RWD)
  • Bateri 77kWj (boleh guna)/82kWj - ID.7 Estate Pro
  • Bateri 86kWj (boleh guna)/91kWj - ID.7 Estate Pro S

Dari segi jarak, ID.7 Estate Pro S boleh dipandu hingga 685km atau kurang 15km berbanding varian sedan ID.7. Varian ini juga ada pengecas pantas DC hingga 200kW yang boleh dicas 10-80 peratus dalam tempoh tidak sampai 30 minit.

Dari segi rekabentuk, selain nampak harmoni dengan rekaan ID.7, Volkswagen mendakwa model ini adalah gabungan antara wagon konvensional seperti Passat dan ala shooting brake dinamik seperti Arteon.

Gaya badan wagon juga bermakna lebih ruang dengan 1,714 liter dari belakang kerusi depan hingga bumbung. Dalam kedudukan biasa, pemilik boleh memanfaatkan ruang 605 liter atau 73 liter lebih banyak berbanding sedan ID.7.

Semua varian Volkswagen ID.7 Estate dilengkapi ciri paparan dongak (HUD) realiti terimbuh (AR) sebagai ciri asas.

Selain itu, Volkswagen menawarkan pilihan seperti liang yang digerakkan motor kawalan kecil, penyaman udara automatik dan kerusi ergoActive dengan fungsi poin urutan baharu.

Lagi pilihan seperti bumbung panoramik dengan kaca pintar, iaitu pertukaran kepada lapisan cerah atau kabur secara elektronik.

Jualan Volkswagen ID.7 Estate untuk pasaran Eropah bermula suku pertama 2024. Sama seperti sedan ID.7 dan ID.4, wagon ini dikeluarkan dari kilang mobiliti elektrik di Emden, Jerman.

volkswagen-id.7-tourer-2024-1
volkswagen-id.7-tourer-2024-2
volkswagen-id.7-tourer-2024-3
volkswagen-id.7-tourer-2024-4
volkswagen-id.7-tourer-2024-5
volkswagen-id.7-tourer-2024-6
volkswagen-id.7-tourer-2024-7
volkswagen-id.7-tourer-2024-8
volkswagen-id.7-tourer-2024-9
volkswagen-id.7-tourer-2024-10
volkswagen-id.7-tourer-2024-11
volkswagen-id.7-tourer-2024-12
volkswagen-id.7-tourer-2024-13
volkswagen-id.7-tourer-2024-14
volkswagen-id.7-tourer-2024-15
volkswagen-id.7-tourer-2024-16
volkswagen-id.7-tourer-2024-17

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Roda4, Volkswagen, Volkswagen ID.7, Volkswagen ID.7 Tourer, Volkswagen ID.7 Tourer 2024, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev