• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Remaja Perempuan Maut, Adik Parah Motosikal Langgar Lori

Remaja Perempuan Maut, Adik Parah Motosikal Langgar Lori

February 20, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG remaja perempuan maut, manakala adik lelakinya, berusia lima tahun parah di kepala selepas motosikal dinaiki merempuh sebuah lori di simpang Kampung Parit Buaya, Jalan Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah, semalam.

Insiden jam 2.10 petang itu melibatkan mangsa berusia 19 tahun menunggang motosikal jenis SYM Sport yang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala adiknya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kedua-dua mangsa beralamat di Kampung Semarang, Mukim Gunung, Alor Janggus.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motosikal dinaiki dua beradik itu sedang bergerak dari arah lampu isyarat Alor Janggus menuju ke lampu isyarat Gunung Keriang, manakala lori dari simpang jalan tali air.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal bergerak lurus sebelum lori melintas dari simpang kiri ke simpang kanan di depan laluan hingga menyebabkan mangsa tidak sempat membrek dan terlanggar sisi kiri belakang lori tersebut.

Ahmad Shukri berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut, manakala kanak-kanak lelaki itu mengalami pendarahan di kepala dan sedang dirawat.

Pemandu lori sudah menyerah diri di balai polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Alor Setar, Auto Terkini, Kemalangan Gunung Keriang, kemalangan jalan raya, kemalangan maut, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my