• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KGM Torres, SUV Segmen C+ Kini Di UK, Langkah Baharu Selepas SsangYong!

KGM Torres, SUV Segmen C+ Kini Di UK, Langkah Baharu Selepas SsangYong!

July 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SUDAH lama tidak kedengaran nama SsangYong dari Korea Selatan. Jenama itu sebenarnya telah diubah selepas dibeli KG Group pada 2022 dan sekarang menggunakan nama KGM.

Terbaru KGM melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Torres di United Kingdom (UK). Sebelum KGM, Torres sempat memakai lencana SsangYong ketika dilancar di Korea Selatan pada 2022.

SsangYong juga aktif di UK dan tidak menghairankan mengapa SUV segmen C+ ini begitu cepat berada di UK.

Torres merupakan model pertama yang membawa falsafah rekabentuk baharu Powered by Toughness selain mengekalkan karakteristik unik yang dibawa jenama ini.

Dari segi susunan, Torres berada di antara Korando dan Rexton. Torres diilhamkan dari pemandangan cantik Taman Negara Torres del Paine di Chile.

Torres ditawarkan dalam dua varian iaitu K30 dan K40. Sebuah lagi varian, K40 4WD dengan spesifikasi tinggi menyusul kemudian dan menariknya KGM memperkenal model elektrik Torres EVX pada April.

Sebagai sebuah SUV C+. Torres sememangnya besar dan sebagai rujukan, model Korea berukuran panjang 4,700 milimeter (mm), lebar 1,890 mm dan tinggi 1,720 mm.

Dari segenap segi, Torres sedikit besar daripada Honda CR-V generasi keenam. Bahagian belakang pula mempunyai ruang barang 703 liter dan boleh bertambah kepada 1,662 mengikut tetapan kerusi.

Satu lagi, Torres turut mempunyai ruang simpanan tersorok pada lantai.

Torres digerakkan enjin 1.5 liter turbo (GDI-Turbo) yang menghasilkan 163 ps dan tork 260Nm dengan padanan kotak gear automatik enam kelajuan dari Aisin.

Berbanding enjin yang sama digunakan pada Korando, versi Torres sepuluh peratus lebih baik dalam memecut dari pegun selain pecutan dari 60 sehingga 120 kilometer sejam (kmj) meningkat sebanyak lima peratus.

Pecutan dari 0 sehingga 100 kmj perlu 10.8 saat dan kelajuan maksimum mencecah 190 kmj.

Torres boleh menunda sehingga 1.5 tan untuk treler dengan brek atau sehinga 0.75 tan bagi treler tanpa brek.

Bagi membantu pemandu menstabillkan kenderaan ketika menarik treler Torres dilengkapi fungsi Kawalan Ayunan Treler (TSC) .

Turut dilengkapi sejumlah teknologi seperti Amaran Pelanggaran Depan (FCW), Bantuan Pengekalan Lorong (LKA), Peringatan Perhatian Pemandu (DAA) dan pelbagai lagi.

Tentang harga, laman sesawang KGM Motors UK menyenaraikan tiga varian Torres daripada GBP£34,995 (RM210,957) sehingga GBP£39,995 (RM241,119).

KGM Torres 2024.01
KGM Torres 2024.02
KGM Torres 2024.05
KGM Torres 2024.06
KGM Torres 2024.10
KGM Torres 2024.07
KGM Torres 2024.09
KGM Torres 2024.08

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: KGM, KGM Global, KGM Motors, KGM Torres

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev