• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelanggan di Jepun Tempah Sekitar 1,300 Buah Triton, 88% Pilih Varian Teratas GSR!

Pelanggan di Jepun Tempah Sekitar 1,300 Buah Triton, 88% Pilih Varian Teratas GSR!

July 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

PADA 2023 sebanyak 9,812 buah Triton dijual di pasaran tempatan. Walaupun Toyota Hilux unggul dengan lebih 27 ribu buah, Triton tetap hebat dengan menduduki tangga kedua.

Kedudukan itu juga membuktikan Triton mempunyai ramai peminat selain berjaya mengatasi jenama Jepun lain dan Amerika Syarikat.

Model pengganti Triton (generasi keenam) diperkenal pada Julai 2023 dan kembali ditawarkan di Jepun buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun.

Mitsubishi membuka tempahan awal pada 21 Disember dan bagaimana sambutannya?

Setakat 13 Februari, tempahan yang diterima sekitar 1,300 buah. Angka itu lebih enam kali ganda berbanding sasaran jualan 200 buah sebulan. Tarikh rasmi penjualan Triton ialah 15 Februari 2024.

Dari segi sejarah, Triton berakar dari pikap Forte yang diperkenal di Jepun pada 1978. Sejak itu sekitar 5.7 juta unit terjual merentasi lima generasi dalam tempoh lebih 45 tahun dan di sekitar 150 negara serata dunia.

Triton pasaran Jepun hanya ditawarkan dalam bentuk badan dua baris penumpang (double cab) dan pacuan empat roda (4WD).

Fakta jualan Mitsubishi Triton di Jepun (21 Disember - 13 Februari):

  • 88 peratus pelanggan menempah varian tertinggi Triton GSR, baki memilih Triton GLS.
  • Pelanggan di Jepun terdiri daripada penggemar pelbagai aktiviti dan meminati rekabentuk. Berlawanan dengan pasaran lain yang memilihnya sebagai pikap untuk aktiviti perdagangan.
  • Sekitar 80 peratus tempahan terdiri daripada pelanggan yang membeli kereta baharu atau bertukar daripada syarikat lain.
  • Mitsubishi turut menerima sokongan daripada pelanggan yang tidak pernah memandu kereta keluarannya.
  • Warna pilihan; Putih Mutiara (32%), Oren Metalik Yamabuki (27%), Graphite Gray Metallic (20%).

Triton dibekal enjin 2.4 liter 4N16 diesel turbo yang memiliki 201 kuasa kuda (hp) dan tork 470Nm dan dipadan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

Selain gaya rugged, Triton dilengkapi banyak teknologi canggih seperti Sistem Kawalan Suai Pandu Radar (ACC), Sistem Pembrekan Pencegahan Kemalangan (FCM), Sistem Amaran Penukaran Lorong (LDW) dan pelbagai lagi.

Setakat ini, Triton sudah ditawarkan di Thailand, Filipina, Jepun dan menyusul ke Australia, New Zealand dan sekitar 100 buah negara termasuk Malaysia (khabarnya tahun ini).

Di Jepun, Triton GLS dijual pada harga JPY¥4,980,800 (RM158,071) dan JPY¥5,401,00 (RM171,429) untuk varian pilihan ramai Triton GSR.

Berbanding GLS, Triton GSR lebih lengkap dengan perkakasan seperti pendakap lingkungan roda lebar, rel bumbung, sport bar, pendakap bawah bampar, bed liner, kerusi kulit dan beberapa lagi.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Mitsubishi, Mitsubishi Triton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my