• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ribuan Porsche, Bentley, Audi Kena Sita Sebab Guna Komponen Dari 'Barat China'

Ribuan Porsche, Bentley, Audi Kena Sita Sebab Guna Komponen Dari 'Barat China'

February 16, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Group (VW Group) berdepan masalah serius selepas ribuan kenderaan jenama mewah membabitkan model Porsche, Bentley dan Audi disita di sebuah pelabuhan di Amerika Syarikat (AS), menurut satu laporan.

Tindakan itu dikenakan selepas satu pendedahan bahawa kenderaan tersebut menggunakan satu komponen kenderaan dari China yang dipercayai melanggar undang-undang anti-buruh paksa.

Beberapa sumber yang ada maklumat mengenai perkara itu memberitahu Financial Times bahawa VW Group sebenanrya tidak tahu asal usul komponen tersebut kerana diperoleh menerusi satu pihak pembekal tidak langsung (indirect supplier) dalam rantaian bekalan.

Isu itu terdedah selepas pihak pembekal memaklumkan VW Group tentang perkara itu, membawa kepada penangguhan kiriman kenderaan sehingga akhir bulan Mac ini untuk membolehkan penggantian komponen tersebut.

Financial Times melaporkan VW Group sudah memaklumkan pihak berkuasa AS tentang asal usul komponen tersebut.

Di bawah Akta Pencegahan Buruh Paksa Uighur 2021, produk yang dihasilkan dengan buruh paksa di wilayah Xinjiang di China, antara kawasan lain, adalah dilarang untuk diimport ke AS.

Pada ketika lokasi tepat pembuatan alat ganti itu tidak didedahkan kepada umum, laporan sama menyatakan ia dipercayai berasal dari kawasan 'barat China'.

Kenderaan yang disita itu termasuk hampir 1,000 unit Porsche, ratusan Bentley dan beberapa ribu Audi.

VW dalam satu kenyataan menjelaskan:

Sebaik kami terima maklumat mengenai dakwaan membabitkan salah satu sub-pembekal, kami menyiasat perkara itu.

"Kami akan mengesahkan fakta dan kemudian mengambil langkah-langkah sewajarnya. Ini mungkin termasuk menamatkan hubungan dengan pembekal jika siasatan kami mendapati berlaku pelanggaran serius."

VW juga sudah mengirim surat kepada pelanggan terjejas, menjelaskan bahawa komponen bermasalah itu ialah 'satu komponen elektronik kecil yang merupakan sebahagian daripada unit lebih besar, yang akan digantikan.'

Surat sama tidak mendedahkan lokasi asal usul komponen itu.

VW menerusi satu kenyataan kepada Fox Business:

Kiriman diteruskan, bagaimanapun beberapa penangguhan mungkin berlaku, dengan itu kami memohon maaf. Kami sedang menghubungi setiap pelanggan untuk memastikan mereka dimaklumkan.

Volkswagen amat mengambil serius dakwaan pelanggaran hak asasi manusia, kedua-dua sekali sama ada dalam syarikat dan rantaian bekalan. Sudah tentu ini termasuk sebarang dakwaan berkait buruh paksa.

Apabila kami terima maklumat tentang potensi pelanggaran atau risiko hak asasi manusia, kami akan segera mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

Sebaik sahaja terima maklumat tentang dakwaan berhubung salah satu sub-pembekal, kami segera menjalankan siasatan mengenainya."

Pengeluar kenderaan Jerman itu sudah memulakan kerja-kerja baik pulih (tukar ganti komponen) kenderaan yang disita di pelabuhan itu tetapi usaha berkenaan mungkin mengambil masa selama beberapa minggu.

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pencegahan Buruh Paksa Uighur 2021, autoterkini, Roda4, uyghur, Volkswagen Group, VW Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my