• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Calon SPM Maut Kemalangan dengan Treler

Calon SPM Maut Kemalangan dengan Treler

February 16, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah treler di KM7, simpang tiga Plaza Tol Pedas-Linggi, Rembau, Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, mangsa Muhammad Adiff Haikal Mohd Mizam, 17 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, jam 5.30 petang.

Kejadian jam 1.03 petang itu dipercayai berlaku ketika treler dari arah Plaza Tol Pedas Linggi berhenti seketika untuk menunggu giliran di simpang tiga Jalan Pedas-Kundur-Linggi sebelum masuk sebelah kanan ke Kundur.

Bagaimanapun, ketika treler itu keluar ke simpang, datang motosikal jenis Yamaha LC 135 dari Kundur ke Pedas gagal mengelak, sekali gus terlanggar tayar bahagian tengah sebelah kanan treler.

Impak kemalangan ini menyebabkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Rembau itu parah dan dibawa ke Hospital Rembau.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bagi rawatan susulan, tetapi disahkan meninggal dunia ketika dirawatan.

Siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Calon SPM, Calon spm maut, kemalangan jalan raya, Pedas-Linggi, Rembau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my