• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BYD Bawa SUV Mewah YANGWANG U8 'Tank Turn' dan MPV Mewah DENZA D9 Ke Eropah!

BYD Bawa SUV Mewah YANGWANG U8 'Tank Turn' dan MPV Mewah DENZA D9 Ke Eropah!

July 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

STRATEGI agresif BYD bukan sahaja terpakai di pasaran tempatan dan negara jiran tetapi juga di benua Eropah malah lebih meriah dengan pelbagai model.

Syarikat China memang berani meneroka pasaran yang terkenal dengan protokol ujian pelanggaran yang ketat serta hak pengguna tinggi.

Terbaru BYD membawa sejumlah model dan teknologi ke Geneva iaitu BYD SEAL U DM-i, BYD Super DM (Dual Mode), BYD TANG baharu dan dua jenama, YANGWANG dan DENZA.

SEAL U hibrid plug-in, TANG baharu

Sejak memasuki pasaran Eropah, BYD telah memperkenalkan enam model elektrik (EV) iaitu ATTO 3, HAN, TANG, DOLPHIN, SEAL dan SEAL U.

Di Geneva, SEAL U EV menyambut kehadiran ahli keluarga baharu iaitu SEAL U DM-i hibrid plug-in yang menggunakan teknologi canggih Super DM (Dual Mode).

Model itu akan dilancar di negara Eropah yang tidak memiliki infrastruktur pengecasan yang meluas atau di lokasi yang mempunyai permintaan terhadap kenderaan seumpamanya.

BYD TANG yang dibawa ke Geneva bukan seperti sebelum ini tetapi sebuah SUV tujuh tempat duduk elektrik yang diperbaharu sepenuhnya.

Jarak pemanduan ditingkatkan kepada 530 kilometer (kombinasi WLTP). Sebelum dilancar di Eropah, TANG baharu terlebih dahulu berjaya meraih markah lima bintang Ujian Keselamatan Euro NCAP.

YANGWANG, dua teknologi canggih, 'donut setempat'

YANGWANG merupakan jenama mewah di bawah BYD dan pameran Geneva menjadi pentas untuk mempertontonkan teknologi YANGWANG buat kali pertama.

YANGWANG U8 yang sebelum ini tular di dalam media sosial dibawa terus ke depan pengguna Eropah. Dua teknologi canggih yang ditonjolkan pada U8 ialah Pelantar e⁴ dan Sistem Kawalan Badan Hidraulik Pintar DiSus-P.

e⁴ BYD ialah pelantar teknologi pacuan empat motor bebas keluaran besar-besar pertama di dunia dan direka untuk keselamatan dan prestasi yang cemerlang.

Teknologi itu mengawal dinamika keempat-empat roda melalui kawalan vektor empat motor secara bebas (berasingan).

Empat motor bebas itu mengawal daya kilas setiap roda dan membolehkan U8 mempunyai belokan atau putaran yang berbeza.

Secara ringkas, roda kanan dan kiri berputar pada arah berlawanan dan membolehkan U8 berpusing seperti sebuah kereta kebal atau Tank Turn. Terma lebih mudah ialah aksi 'donut setempat'.

Sistem Kawalan Badan Hidraulik Pintar DiSus-P pula satu lagi teknologi canggih yang meningkatkan kelincahan kenderaan dan penyesuaian di dalam pelbagai keadaan pemanduan.

Teknologi itu mengurangkan risiko terbalik, meminimumkan pergerakan penumpang semasa melalui selekoh pada kelajuan tinggi atau ketika memecut dan membrek.

Teknologi itu turut melindungi kenderaan daripada kerosakan ketika berada di dalam keadaan jalan yang mencabar.

DENZA

DENZA sudah berusia lebih sedekad sejak ditubuhkan pada 2010. Bukan syarikat biasa, DENZA merupakan objek usaha sama BYD dan Mercedes-Benz.

BYD mengesahkan kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk DENZA D9 bakal ditawarkan di Eropah. Di tanah airnya D9 mendapat sambutan hangat dengan menjadi menjadi MPV terlaris dalam tempoh enam bulan.

Selain D9, DENZA turut membawa SUV crossover elektrik saiz sederhana N7 dengan gayaan sporty.

BYD TANG
DENZA D9
DENZA N7
DENZA N7 1
DENZA N7 2
e4 platform and DiSus-P Intelligent Hydraulic Body Control System

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: BYD, DENZA, DENZA D9, YANGWANG, YANGWANG U8

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev