• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Z Proto (2024) Masuk Timur Tengah! Berbeza Daripada Z Proto 2021

Nissan Z Proto (2024) Masuk Timur Tengah! Berbeza Daripada Z Proto 2021

July 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

NISSAN Z diperkenal pada Ogos 2021 dan dikeluarkan pada tahun berikutnya. Sehingga kini terdapat tiga model istimewa iaitu Z Proto, Z Performance dan Z Nismo.

Di negara ASEAN, Nissan Z sudah pun ditawarkan di Filipina dan Brunei.

Nissan Z mempunyai peminat di banyak negara dan terbaru Nissan memperkenalkan Z Proto 2024 di Timur Tengah dan juga Z 2024. Nissan Z sebenarnya sudah ditawarkan di sana sejak November 2022.

Berdasarkan rekod, Z Proto dikeluarkan dalam jumlah terhad sebanyak 240 unit semasa diperkenal awal dahulu.

Di antara ciri khas Z Proto ialah rim warna gangsa, kaliper brek warna kuning dengan logo Z dan riasan kuning pada bahagian dalam kereta.

Menarik bagaimana Nissan Timur Tengah berjaya mendapatkan model ini. Z Proto 2024 tampil berbeza dengan warna Boulder Gray dan rim aloi hitam.

Ciri lain seperti bumbung hitam dan kaliper brek kuning kekal sama. Bahagian dalam meneruskan identiti Z Proto dengan riasan kuning pada papan pemuka, panel pintu dan corak kerusi.

Z Proto 2024 digerakkan enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar yang menghasilkan 400 kuasa kuda (hp) pada 6,400 rpm dan tork 475Nm dari 1,600 sehingga 5,600 rpm. Angka tersebut sama seperti sebelum ini.

Model manual enam kelajuan nisbah rapat dilengkapi sistem bantuan pelancaran pandu canggih yang mengutamakan pecutan dan jumlah gelinciran roda yang optimal.

Model automatik sembilan kelajuan pula menawarkan pecutan langsung dan pantas dengan nisbah gear lebar untuk pemanduan yang mengasyikkan.

Sistem bantuan pemanduan dan keselamatan Z Proto terdiri daripada Pembrekan Kecemasan Automatik dengan Pengesanan Pejalan Kaki, Amaran Titik Buta dan Amaran Penukaran Lorong.

Turut dilengkapi Bantuan Lampu Tinggi, Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Amaran Pelanggaran Depan.

Perkakasan infotainment pula terdiri daripada lapan pembesar suara Sistem Audio Bose®, skrin sentuh lapan inci dengan navigasi, sambungan Bluetooth®, Apple CarPlay® dan Android Auto™.

Kredit gambar: Nissan

Nissan Z Proto.01
Nissan Z Proto.02
Nissan Z Proto.03
Nissan Z Proto.04
Nissan Z Proto.05

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Nissan Fairlady Z, Nissan Z, Nissan Z Proto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev