SELEBRITI terkenal, Rowan Atkinson atau Mr Bean dituduh menjadi punca jualan kenderaan elektrik (EV) di Britain terjejas gara-gara kenyataan terus-terang dikeluarkan aktor itu.
Berdasarkan artikel dikeluarkan SkyNews, Atkinson mendakwa rasa tertipu selepas menggunakan kereta EV.
Saya suka kereta elektrik dan saya ialah pengguna awal. Tetapi saya semakin rasa ditipu."
“Saya beli hibrid pertama saya pada 18 tahun lalu, kemudian kereta elektrik tulen pertama saya sembilan tahun lalu walaupun infrastruktur pengecasan EV kami lemah,”
“EV mungkin tidak berjiwa, tetapi menakjubkan, malah pantas, senyap, dan baru-baru ini sangat murah untuk dikendalikan. Tetapi seiring berjalan waktu, saya rasa sikit tertipu."
Menurut Atkinson, memiliki EV bukan cara memperbaiki alam sekitar dengan memetik Volvo, pelepasan gas rumah hijau ketika pengeluaran kereta elektrik adalah hampir 70 peratus lebih tinggi berbanding menghasilkan kereta petrol. Malah, bateri litium-ion hanya mampu bertahan lebih 10 tahun.
Banyak lagi cara tenaga boleh diperbaharui, selain memberi tumpuan kepada EV.".
"Kita mesti terus membangunkan hidrogen dan juga bahan api sintetik untuk menyelamatkan baki kereta lama yang masih banyak untuk diberikan,” katanya.
Nampaknya, luahan Atkinson itu dianggap salah satu halangan utama dihadapi Kerajaan Britain dalam usaha menghentikan penggunaan kereta konvensional. Padahal negara itu mensasarkan menghentikan jualan kenderaan petrol dan diesel menjelang 2035.
Amat memalukan semakan fakta tidak dibuat, jadi perlu ada standard editorial tinggi,” bidas pertubuhan alam sekitar Green Alliance terhadap kenyataan Atkinson.
Bagaimanapun, persatuan itu mengakui EV masih ada halangan untuk dibangunkan disebabkan beberapa kelemahan seperti kekurangan stesen pengecas, harga EV yang masih mahal dan memerlukan konsistensi inisiatif daripada Kerajaan.
SUMBER: SkyNews
Leave a Reply