• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda BR-V Sudah 'Sailang' Segmen MPV Kompak, Bilakah Pengganti Perodua Alza?

Honda BR-V Sudah 'Sailang' Segmen MPV Kompak, Bilakah Pengganti Perodua Alza?

April 23, 2017 By Azhan O Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RASANYA ramai sudah tahu Honda pada awal bulan lalu mendakwa jualan crossover terbaru mereka, BR-V berjaya memintas gergasi dalam segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak, Perodua Alza dan dikatakan sudah memecut meninggalkan pesaingnya itu sejak Februari lalu.

Apakah kerana terlalu menumpukan kepada pasaran model lain seperti Myvi, Axia dan bayi baru mereka, Bezza, maka Perodua melupakan Alza? Mungkinkah kejayaan BR-V itu bakal mengejutkan Perodua daripada lena supaya cepat-cepat mencari pengganti Alza?

BACA >>> Perodua Bezza yang Dulu Bukanlah yang Sekarang, Kini Tidak Lagi Tonggek

Jika melihat pasaran serantau, model pengganti Alza sebenarnya sudah pun dilancarkan di Indonesia pada Ogos tahun lalu oleh Daihatsu dan Toyota, yang diketahui umum sebagai dua syarikat induk yang menaungi Perodua. Daihatsu mengumumkan Sigra, manakala Toyota memperkenalkan Calya, di mana kedua-dua model MPV kompak 7-kerusi itu dilancarkan serentak pada hari sama - 2 Ogos 2016.

MPV SAMA, TAPI HARGA & CIRI BERBEZA

toyota-calya-2016-front
daihatsu-sigra-2016-front

Sebenarnya, Daihatsu Sigra dan Toyota Calya ialah jenis kereta sama di bawah segmen MPV kompak, tetapi kerana tidak mahu setiap model mengganggu pasaran masing-masing, pembahagian varian enjin dilakukan. Sigra ditawarkan dalam dua varian enjin, 1.0L dan 1.2L, manakala Calya menampilkan enjin 1.2L sahaja dengan ciri lebih premium.

Maknanya, harga model Daihatsu lebih 'marhaen' atau murah berbanding Toyota walaupun kereta sama. Analoginya bolehlah diibaratkan Proton dan Perodua mengeluarkan Exora (sekadar contoh), tetapi Exora versi Perodua lebih murah, manakala Proton lebih premium. Fahamkan?

Jadi, dalam situasi pasaran Malaysia, jika Perodua suatu hari nanti memperkenalkan pengganti Alza, kami menjangka jenis varian yang akan dibawa masuk ialah variasi kedua-dua model antara Sigra dan Calya. Ini kerana Toyota Malaysia sudah pun menyerahkan baton dalam hal ehwal pengeluaran MPV kompak kepada Perodua sebagai pengganti Daihatsu di negara ini.

BACA >>> 8 Sebab Kenapa Anda Wajib Beli Honda BR-V, Harga Pula 'Tak Masuk Akal'

Kemungkinan besar Alza baharu akan menampilkan enjin 1.0L dan 1.2L dengan varian tipikal yang biasa ditawarkan Perodua, iaitu Standard, SE dan Advanced. Mungkinkah cuma enjin 1.2L sahaja digunakan, ataupun enjin 1.3L milik Bezza? Atau enjin baru 1.5L milik Vios?

Berikut ialah spesifikasi Daihatsu Sigra:

ENJIN 1.0L 3-sebaris 1KR-VE DOHC VVT-i | 1.2L 4-sebaris 3NR-VE DOHC Dual VVT-i
TRANSMISI Manual 5-kelajuan | Automatik 4-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 66hp@6,000rpm | 86.7hp@6,000rpm
TORK MAKSIMUM 89Nm@3,60rpm | 108Nm@4,200rpm
BREK Brek cakera (depan); Brek dram (belakang)
SUSPENSI Strut MacPherson (depan); Semi Independen Gandar Kilas Rasuk (torsion axle beam) (belakang)
KAPASITI TANGKI 36L
DIMENSI Panjang 4,070mm x Lebar 1,655mm x Tinggi 1,600mm
JARAK RODA 2,525mm
CIRI Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), 2-beg udara, sensor sudut depan, Kerangka TAF (Fungsi Termaju Total), Kunci bersepadu dan kawalan jauh dengan imobiliser, sensor belakang, rasuk (beam) impak sisi, tali keledar depan dengan prategangan dan pengehad daya, penyaman udara baris belakang, stereng kuasa elektrik (EPS),

Spesifikasi Toyota Calya pula tidak banyak berbeza. Sekali lagi dimaklumkan, Calya menawarkan varian enjin 1.2L (MT dan AT) sahaja. Perbezaan lain ialah kemasan trim dalaman yang lebih premium berbanding Sigra dengan ciri cermin sisi elektrik berserta kunci bersepadu kawalan jauh dengan imobiliser untuk semua varian.

HARGA

Perbandingan harga di bawah adalah antara varian paling asas dan paling premium sahaja antara kedua-dua model.

SIGRA 1.0 D MT Rp108,900,000 (RM35,945)
SIGRA 1.2 R AT DLX Rp149,650,000 (RM49,395)

CALYA 1.2 E MT Rp134,600,000 (RM44,428)
CALYA 1.2 G AT Rp152,150,000 (RM50,220)

Setakat ini tiada lagi khabar bahawa Perodua akan melancarkan model pengganti Alza dalam masa terdekat.Kalau dilancarkan, apakah nama baru MPV itu nanti? Masihkah bernama Alza atau diberikan nama baru misalnya Aziah atau Maznah?

Sebelum itu, marilah kita menjamu mata dahulu dengan gambar-gambar menarik Daihatsu Sigra dan Toyota Calya:

TOYOTA CALYA

toyota-calya-2016-3
toyota-calya-2016-1
toyota-calya-2016-8
toyota-calya-2016-9
toyota-calya-2016-10
toyota-calya-2016-4
toyota-calya-2016-11
toyota-calya-2016-12
toyota-calya-2016-2
toyota-calya-2016-6
toyota-calya-2016-7
toyota-calya-2016-5

DAIHATSU SIGRA

daihatsu-sigra-2016-28
daihatsu-sigra-2016-9
daihatsu-sigra-2016-3
daihatsu-sigra-2016-31
daihatsu-sigra-2016-30
daihatsu-sigra-2016-36
daihatsu-sigra-2016-25
daihatsu-sigra-2016-23
daihatsu-sigra-2016-43
daihatsu-sigra-2016-11
daihatsu-sigra-2016-24
daihatsu-sigra-2016-16
daihatsu-sigra-2016-45
daihatsu-sigra-2016-29
daihatsu-sigra-2016-41
daihatsu-sigra-2016-39
daihatsu-sigra-2016-12
daihatsu-sigra-2016-17
daihatsu-sigra-2016-6
daihatsu-sigra-2016-19
daihatsu-sigra-2016-27
daihatsu-sigra-2016-26
daihatsu-sigra-2016-1
daihatsu-sigra-2016-35
daihatsu-sigra-2016-18
daihatsu-sigra-2016-37
daihatsu-sigra-2016-44
daihatsu-sigra-2016-13
daihatsu-sigra-2016-10
daihatsu-sigra-2016-7
daihatsu-sigra-2016-21
daihatsu-sigra-2016-15
daihatsu-sigra-2016-14
daihatsu-sigra-2016-2
daihatsu-sigra-2016-40
daihatsu-sigra-2016-33
daihatsu-sigra-2016-4
daihatsu-sigra-2016-8
daihatsu-sigra-2016-22
daihatsu-sigra-2016-20
daihatsu-sigra-2016-38
daihatsu-sigra-2016-42
daihatsu-sigra-2016-32
daihatsu-sigra-2016-34
daihatsu-sigra-2016-5

SUMBER: Daihatsu Indonesia | Toyota Indonesia

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Daihatsu Sigra, Indonesia, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, MPV Indonesia, MPV Kompak, Perodua, Perodua Alza, Roda4, Toyota Calya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev