• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Asal Barang Boleh Pakai, Bilik Pameran Dacia Guna Tayar, Botol Kitar Semula!

Asal Barang Boleh Pakai, Bilik Pameran Dacia Guna Tayar, Botol Kitar Semula!

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

BEBERAPA syarikat kereta pada hari ini sudah pun menggunakan perkakasan yang dibuat dari bahan kitar semula seperti jaring ikan, botol plastik dan pelbagai lagi di dalam kereta keluaran mereka.

Dacia di United Kingdom (UK) pula menggunakan bahan kitar semula di dalam bilik pameran!

Rangkaian pusat jualan Dacia UK sedang menjalani perubahan dengan 40 buah bilik pameran sudah siap dan tampil dengan bahagian dalaman yang menonjolkan identiti visual baharu Dacia.

Program penukaran tersebut selesai sepenuhnya sebelum pelancaran Dacia Duster baharu.

Dacia menggunakan bahan kitar semula dan lestari untuk kelengkapan dan perkakasan bilik pameran seperti panel maklumat, permaidani, lantai dan lampu.

Sebagai contoh bongkah penahan yang dibuat daripada tayar kitar semula dan dihasilkan khusus untuk Dacia oleh HET.

Bongkah yang terpampang logo Dacia itu digunakan sebagai tapak untuk mendirikan panel maklumat di dalam bilik pameran.

Lebih daripada 50,000 bongkah akan dihasilkan daripada 100,000 tayar kitar semula. Bongkah di dalam bilik pameran Dacia UK dibuat daripada 6,000 tayar kitar semula.

Selain itu, papan maklumat dibuat dari kadbod struktur sarang lebah dan dicetak menggunakan lapisan ink yang nipis (satu idea menarik untuk diamalkan di pejabat).

Kerusi panjang (sofa) menggunakan 98 peratus balutan poliester terpakai termasuk botol plastik.

Permaidani pula dibuat menggunakan 100 peratus bebenang yang diambil dari nilon buangan, permaidani terpakai dan sisa industri.

Selain itu, ciri utama bilik pameran Dacia ialah keanjalan untuk menukarnya mengikut masa dan menyesuaikannya mengikut ruang.

Bilik pameran Dacia UK

Bilik pameran Dacia 2024.08
Bilik pameran Dacia 2024.07
Bilik pameran Dacia 2024.06
Bilik pameran Dacia 2024.05
Bilik pameran Dacia 2024.04
Bilik pameran Dacia 2024.03
Bilik pameran Dacia 2024.02
Bilik pameran Dacia 2024.08
Bilik pameran Dacia 2024.09

Dacia Duster 2024:

Dacia Duster 2024 01
Dacia Duster 2024 02
Dacia Duster 2024 03

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Dacia, Dacia Duster, Dacia UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev