• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Zonsen Cyclone SR250 Tunggu Masa Masuk Pasaran Malaysia

Zonsen Cyclone SR250 Tunggu Masa Masuk Pasaran Malaysia

February 8, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MOTOSIKAL Zonsen Cyclone SR250 (juga dikenali sebagai RE250 di China) dipertonton kepada pengunjung Plaza Penang di Pulau Pinang pada pertengahan bulan lalu sebelum pelancaran kapcai WMOTO SM125i dan skuter WMOTO RT1.

Ada kemungkinan model roadster retro itu akan dijadikan model pemasangan tempatan (CKD) di kilang MForce Bike Holdings sebelum dilancarkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Buat masa ini, belum ada sebarang petunjuk harga Cyclone SR250.

Berikut ialah perinciannya:

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 249.2cc SOHC dengan sistem sejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api berkuasa 27.4hp @ 9,000rpm, dan tork 22Nm @ 7,000rpm.
  • Kotak gear klac manual 6-kelajuan dengan klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).
  • Enjin itu dikhabarkan mirip Aprilia GP250, terhasil menerusi kerjasama Piaggio Group (syarikat induk Aprilia) dan Zongshen (Zonsen).
  • Sistem pencahayaan LED penuh, menggunakan bentuk lampu utama dan belakang jenis bulat. Lampu signal jenis capang dan terpisah dari lampu brek belakang.
  • Instrumen meter digital LCD berwarna dengan latar pencahayaan hitam.
  • Frem jenis cradle. Fork depan terbalik (USD) 41mm dengan jarak travel 115mm, monoshock (belakang).
  • Dimensi panjang 2,000mm, lebar 800mm, tinggi 1,125mm. Jarak roda 1,360mm dan tinggi pelana 775mm.
  • Kapasiti tangki minyak 15 liter dan motosikal seberat 143kg.
  • Sistem brek cakera tunggal 300mm (depan) kaliper dwi-piston, cakera 218mm (belakang) kaliper piston tunggal dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
Zonsen Cyclone SR250 - 1
Zonsen Cyclone SR250 - 3
Zonsen Cyclone SR250 - 15
Zonsen Cyclone SR250 - 4
Zonsen Cyclone SR250 - 6
Zonsen Cyclone SR250 - 5
Zonsen Cyclone SR250 - 7
Zonsen Cyclone SR250 - 8
Zonsen Cyclone SR250 - 9
Zonsen Cyclone SR250 - 14
Zonsen Cyclone SR250 - 13
Zonsen Cyclone SR250 - 16
Zonsen Cyclone SR250 - 12
Zonsen Cyclone SR250 - 17
Zonsen Cyclone SR250 - 10
Zonsen Cyclone SR250 - 18

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: MForce Bike Holdings, roda2, Zongshen, Zongshen RE250, Zonsen, Zonsen Cyclone SR250

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev