• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kisah Lembu Naik Honda Civic Terlibat Kemalangan

Kisah Lembu Naik Honda Civic Terlibat Kemalangan

February 6, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS tergamam melihat seekor lembu betina dengan kepala terjulur keluar dari cermin belakang kereta jenis Honda Civic ketika membuat pemeriksaan dan siasatan di satu kawasan kemalangan selatan Thailand.

Laporan mendakwa sedan Civic kelabu itu terbabas ke dalam longkang di tepi jalan Ban Pawai-Ban Igubu Road, dalam daerah Su-ngai Padi di Narathiwat, 2 Februari lalu.

Pemandu warga Thailand dikenali sebagai Mustaqeem Mae, 28, dapat keluar dari sedan tersebut dan cedera ringan.

Anggota polis dari Balai Polis Su-ngai Padi yang tiba di lokasi kejadian mengesyaki Mustaqeem berada di bawah pengaruh alkohol sebagai punca kemalangan berlaku.

Bagaimanapun, suspek mendakwa lembu itu adalah pemberian bapa mentuanya yang cuba dibawa balik menaiki kereta tersebut. Dakwaan itu turut disokong isteri Mustaqeem yang tiba di lokasi kemalangan.

Namun, muncul pula seorang lelaki bernama Kla Puiruk mengaku dan menuntut haiwan itu sebagai miliknya. Puiruk  mendakwa melepaskan kumpulan lembu ternakannya untuk meragut rumput.

Sebaik saja menyedari salah seekor lembu betina bunting miliknya hilang, Puiruk mencari haiwan itu sebelum dimaklumkan tentang kemalangan berhampiran.

Suspek kemudian menafikan tuduhan mencuri lembu dengan menyatakan tidak berniat mahu mencuri. Menurutnya, dia marah dan mahu membawa pulang lembu itu kerana menghalang laluan jalan.

Dia kemudian menyambung semula perjalanan selepas lembu tersebut dimasukkan ke dalam kabin kenderaan. Bagaimanapun, haiwan itu menjadi panik dan cuba melarikan diri hingga menyebabkan suspek hilang kawalan dan terbabas.

Anggota polis sukar mempercayai apa diceritakan Mustaqeem dan mendakwa suspek cuba mencuri lembu milik seorang penternak.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan dihukum penjara satu hingga lima tahun, dan denda 20,000 baht (RM2,670) hingga 100,000 baht (RM13,340). Polis juga menyatakan Mustaqeem mungkin berdepan lebih banyak pertuduhan lain, jika kandungan alkohol atau dadah ditemui dalam badan.

SUMBER: TheThaiger

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, curi lembu, Honda Civic, Kla Puiruk, lembu, Mustaqeem Mae, Roda4, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev