• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri Indonesia Pemilik Pertama SUV EV Chery Omoda E5 di Dunia

Menteri Indonesia Pemilik Pertama SUV EV Chery Omoda E5 di Dunia

February 6, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MENTERI Koordinasi Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto menjadi pembeli pertama kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Chery Omoda E5 di Indonesia.

Malah, Indonesia menjadi negara pertama dunia melancarkan Chery Omoda E5 dan Airlangga ialah pemilik pertama bukan saja di Indonesia, tetapi dunia.

Airlangga berkata;

Sudah tentu saya menghargai pelancaran Omoda E5 dan menjadi pelanggan pertama kereta ini dengan pilihan warna kuning."

Airlangga juga sudah memandu uji Omoda E5 di pekarangan hotel pada majlis pelancaran tersebut dan berpuas hati dengan kenderaan bebas emisi karbon itu. Beliau berkata;

Kereta ini baik, tiada bunyi dan lancar. Ciri yang ada pun cukup menarik. Anda tak perlu menghidupkan atau mematikan (trenkuasa). Sebaik saja pijak pedal brek, kenderaan dihidupkan serta-merta."

Logo Chery

Timbalan Presiden Eksekutif Chery Sales Indonesia (CSI), Qu Jizong mengesahkan Airlangga sebagai pemilik pertama Omoda E5 di dunia. Menurutnya, menteri itu meminta warna kuning yang menjadi warna kegemarannya. Beliau berkata;

Ya, memang benar pelanggan pertama kereta ini ialah Airlangga Hartarto."

Menurutnya, pemilik kedua selepas Airlangga ialah individu bernama Raffi Ahmad. Setakat ini, Indonesia mencatat lebih  500 unit tempahan Omoda E5.

Omoda E5 dijual pada harga Rp498.8 juta (RM150,910) dengan diskaun Rp10 juta (RM3,025) kepada 1,000 pembeli pertama, termasuk waranti seumur hidup untuk bateri dan motor elektrik.

Omoda E5 menggunakan pek bateri Litium Besi Fosfat (LFP) berkapasiti 61.06kWh yang menawarkan jarak pemanduan 430km, mengikut ujian Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).

Bateri EV digunakan boleh menggunakan pengecas pantas (DC) 150kW yang mengambil masa 28 minit untuk mencapai kapasiti 30 hingga 80 peratus.

Motor elektrik Omoda E5 boleh menghasilkan output kuasa 204hp dan tork 340Nm, dengan pecutan 0-100kmj dalam masa 7.2 saat.

chery-omoda-e5-4
chery-omoda-e5-5
chery-omoda-e5-3
qu-jizong-chery-indonesia
chery-omoda-e5-2024-malaysia-bg
Chery Omoda E5-10
Chery Omoda E5-9
Chery Omoda E5-12
Chery Omoda E5-11
Chery Omoda E5-4
Chery Omoda E5-5
Chery Omoda E5-8
Chery Omoda E5-6
Chery Omoda E5-21
Chery Omoda E5-20
Chery Omoda E5-15
Chery Omoda E5-25
Chery Omoda E5-22
Chery Omoda E5-19
Chery Omoda E5-13

SUMBER: Oto.Detik

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Airlangga Hartarto, autoterkini, Chery Omoda E5 (2024), Kenderaan Elektrik (EV), Qu Jizong, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev